BTC USD 63,915.4 Gold USD 1,776.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didenda sebabkan Concorde terhempas

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,192
Reaction score
15,590
Points
2,376
du021.jpg

GAMBAR fail menunjukkan api pada sayap kiri pesawat Concorde Air France sebelum ia terhempas di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 25 Julai 2000.

PONTOISE, Perancis - Sebuah mahkamah memutuskan bahawa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Continental Airlines dan seorang mekaniknya didapati bersalah membunuh 113 orang dalam nahas pesawat supersonik Concorde yang terhempas di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di sini.

Pesawat Air France menuju ke New York itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada 25 Julai 2000 mengorbankan 109 orang yang menaikinya, kebanyakannya warga Jerman dan empat orang di darat.

Mahkamah di bandar Ponoise di sini mengarahkan syarikat penerbangan Continental membayar denda AS$265,000 (RM833,716) manakala mekaniknya, John Taylor didenda sebanyak AS$2,650 (RM8,335).

Taylor juga dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan manakala semua tertuduh lain termasuk bekas penyelia Taylor yang kini sudah bersara, Stanley Ford dibebaskan daripada sebarang tuduhan.

Hakim mengesahkan hujah para penyiasat bahawa nahas tersebut berpunca daripada sekeping logam titanium milik pesawat DC-10 syarikat penerbangan Continental yang terjatuh di atas landasan.

Pesawat itu lebih awal berlepas dari pesawat Concorde.

Menurut siasatan lagi, satu tayar pesawat Concorde tersebut koyak apabila ia melanggar kepingan titanium itu.

Tayar itu meletup dan serpihannya mengenai enjin dan tangki minyak pesawat Concorde sehingga menyebabkannya terbakar sebelum ia terhempas. - AP
 
Last edited:
Sponsored Post

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
...kerana mekanik silap dan sekeping besi atas landasan....
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,192
Reaction score
15,590
Points
2,376
hanya kesilapan kecik yg membawa bencana
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
kesilapan sikit je ... habis mati
 

surfer957

Super Active Member
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
huhu.. hebat2.. diorang dapat cari punca dia.. hanya sekeping logam titanium.. ni mesti penyiasat2 Air Crash Investigation / Seconds From Disaster nih.. :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,192
Reaction score
15,590
Points
2,376
memang hebat team yg wat siasatan
sampai bahan kecik je pon ley kesan jg sbb terhempas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register