BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dicekup selepas berjaya mencuri 153 kabel telekomunikasi

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,853
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,853
Reaction score
1,396
Points
201
6145469147237171451_121.jpg



Curi Kabel: Seorang suspek sudah dicekup

BENTONG: Seorang suspek disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Mentakab, awal pagi semalam dicekup polis ketika melakukan jenayah sama di tepi jalan di kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 4:40 pagi tadi.

Suspek terbabit dicekup setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama tiga rakan terbabas ke dalam longkang di jalan utama ke Taman Bentong Makmur.

Jurucakap polis berkata, rakan suspek sempat melarikan diri sebaik kenderaan mereka naiki terbabas.

Menurutnya, suspek ditahan terbabit, 40, mempunyai 13 rekod jenayah dan dadah.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima laporan dua kenderaan berwarna putih dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan simpang perumahan terbabit dan disyaki mencuri kabel.

“Sebaik mendapat laporan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan siasatan mendapati kumpulan terbabit sedang menarik kabel dari “manhole” milik sebuah syarikat telekomunikasi.

“Kumpulan penjenayah terbabit cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan bagaimapun mpv itu terbabas ke longkang.

“Seorang suspek dicekup berhampiran lokasi kejadian dan tiga lagi sempat melarikan diri,” katanya.

Jurucakap terbabit berkata, polis juga merampas 153 kabel milik syarikat telekomunikasi siap dipotong, lima alat pemotong kabel dan sebuah MPV.

Menurutnya, usaha mengesan penjenayah masih bebas sedang dilakukan.

Katanya, polis percaya kumpulan sama terbabit dengan kes mencuri kabel di Taman Keramat, Mentakab, di Temerloh, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang penduduk sempat merakamkan kegiatan sekumpulan lelaki sedang mencuri kabel di perkarangan rumahnya serta memarahi pencuri terbabit.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu tidak dipedulikan suspek sebalik mereka terus mencuri kabel milik milik syarikat telekomunikasi di taman perumahan terbabit.

Semua suspek beredar meninggalkan taman perumahan terbabit dengan menaiki dua kenderaan berwarna putih termasuk MPV yang ditemui di Bentong pagi ini.


Artikel ➡️ Buletin TV3
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register