Dibelasah penjual telefon bimbit kerana RM10

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut yang melihat pertengkaran itu.

Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orang ramai yang lalu lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.

Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat pengecas telefon.

Malangnya, kedatangannya telah disalahertikan oleh pemilik kedai terbabit.

"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.

"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nada kuat, kasar dan kesat.

PKDN patut serbu pusat tu...kalau dah jual RM10 dah tentu benda tu tiruan.
 
Sponsored Post

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
berita pun satu hal..x nyatakan ape nama pusat membeli belah tuh..hmm..
 

sleepsheep

Active Member
Joined
Nov 23, 2007
Messages
2,263
Reaction score
2
Points
25


dekat PERTAMA KOMPLEKS tu,skali tgk da tahu da
pergh!! aku pi sane smlm..sib baik aku pi lambat sket..sblum nih dah ada kes dah kt pertama kompleks pukul org..ape nak jadik nihh..takkan polis tutup mata jer..dahla dekat ngan balai polis dang wangi jer tuhh!!:(scam
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
pertama kompleks lagi..... apa nak jadi ngan penjual HP kat situ... samseng sangat....
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
ooo...
bahaya ni...
samseng jalanan..................huhu..
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
mmg stylo.. ganaz dan ganster.. yang jadi mangsa melayu or warge asing??
 

MoHaN

Junior Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
79
Reaction score
3
Points
11
Memang teruk la i tengok ni.. dulu i dapat satu video kat kota raya.. bantai pelanggan.. tak betul la ni.. dah la jual handset ngan harga yang mahal.. kos sebenyarnye separuh. member kat nokia beritahu aku ni.. ish!... geram tul la.. jom la warga cg gi pertama.. haha
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
lagi2 kes kat pertama komplek....

xleh amik tindakan ker..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register