Movie Dialog tiada syurga buat anak yatim, Penerbit Upin & Ipin mohon maaf

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,226
Reaction score
11,353
Points
2,376
WhatsApp_Image_2020-05-29_at_11.54.36_AM_1590726817.jpg


Les’ Copaque Production sedang menyiapkan video permohonan maaf menampilkan karakter Fizi yang mencetuskan kontroversi berhubung persoalan syurga bagi anak yatim. Foto IG Upin & Ipin

KUALA LUMPUR: Penerbit Upin & Ipin akan membuat permohonan maaf atas kontroversi watak Fizi dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia, hingga mencetuskan perbalahan di laman sosial.

Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, soal bila dan medium pilihan untuk pernyataan maaf itu disiarkan tertakluk kepada stesen penyiaran di Indonesia, iaitu saluran MNCTV.

"Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf.

"Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit.

"Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali 'sejuk'... Insya-Allah," katanya kepada BH Online.

Ahad lalu, dialog dilafazkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuskan perbalahan peminat di Indonesia dan Malaysia.

Sepantas kilat, komen 'Fizi is cancelled' menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.

Burhanuddin berkata, reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktikan siri animasi Upin & Ipin dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.

"Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersembahkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti.

"Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.

"Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita," katanya.

Siri Upin & Ipin dilaporkan sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia.


 
Sponsored Post

wan10

Fun Poster
Joined
Sep 23, 2014
Messages
309
Reaction score
4
Points
25
padu betul dia bawak watak ni.. ada yang feeling . haha.. padahal kartun je kot
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,469
Reaction score
2,927
Points
191
tgk dalam sosmed, macam2 diorang troll watak fizi nih..

mmg jenis cakap lepas fizi ni rupanya..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,226
Reaction score
11,353
Points
2,376

Upin & Ipin : Fizi Minta Maaf​
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
14,950
Reaction score
492
Points
131
Dah la Karton,bdk2 plak Tu...
Itu pun mental calar...
 

accessive

Active Member
Joined
Feb 17, 2014
Messages
1,090
Reaction score
210
Points
43
Bagus jugak beringat sikit pasal dialog ni. Budak2 kadang bukan faham macam orang dewasa faham. Nanti bila gaduh diorang cakap dialog yg sama dekat anak yatim yg lain.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,383
Reaction score
1,927
Points
206
yang sensitif ni orang indonesia je.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,223
Reaction score
884
Points
171
watak2 upn ipin n rakan3 memang berbeza personaliti. sebb tu katun upin ipin best n bole long lasting.. sebb jalan cerita upin ipin kebanyakkan memang berkait gan kehidupan seharian kita

upin ipin = kehidupan sedikit susah dan anak yatim piatu
fizi = jenis ckp main lepas
mail= semua benda 1 seringgit
yg gemuk tu= kaya n suka menunjuk
mimi= kewanitaan
ranjit= suke berpantun dan blur2 sikit
kak ros= tegas n penyayang
opah= lembut mcm nenek2

bile setiap watak ada personaliti. baru la leh buat byk jalan cerita.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register