Dia hanya urut perut

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEPANG: “Saya tak buat apa-apa, dia (bomoh ekor) hanya pegang dan urut perut saya,” kata seorang janda, 40-an, yang ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di rumah bomoh nombor ekor di Kampung Kelanang, Kuala Langat, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam keadaan tersipu-sipu sambil menutup mukanya di sofa, wanita dari Semenyih itu datang ke rumah bomoh terbabit bagi ‘menurun’ nombor ekor.

Janda terbabit yang bertemankan dua lelaki dan seorang wanita lain, termasuk seorang bekas kakitangan kerajaan berusia 72 tahun dan lelaki bukan Islam dari Kajang datang ke rumah itu bagi mendapatkan nombor ekor enam digit.

Ketika serbuan, wanita terbabit sedang berbaring di atas sehelai sejadah bagi menjalani upacara pemujaan nombor ekor yang dilakukan bomoh terbabit sehingga menampakkan pusat hingga pangkal ari-arinya.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali Salina, mengakui datang untuk upacara pemujaan itu bersama rakan bagi mendapatkan nombor ekor.

Sepanjang operasi itu, Salina dan tiga lagi rakan termasuk dua lelaki berusia 44 dan 72 tahun duduk di luar sebuah bilik yang dikhaskan bomoh terbabit bagi menjalankan upacara pemujaan.

Rakannya yang juga warga emas berusia 72 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashim, mendakwa hanya mengikut rakannya ke rumah bomoh terbabit.

“Saya ikut-ikut saja rakan untuk ke rumah bomoh ini dan tak tahu menahu mengenai tujuan dia melakukan pemujaan nombor ekor,” katanya yang juga tinggal di Kajang.

Menurutnya, dia tidak menyangka dibawa hingga ke Kuala Langat bagi mencari bomoh terbabit.


Hashim yang juga bekas tentera sentiasa tunduk apabila ditanya mengenai pembabitannya dengan pemujaan nombor eko
 
Sponsored Post

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,535
Reaction score
66
Points
130
haha..mula2 urut perut...satgi dia buh lintah plak..tak gitu eboss?? hehe
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
umur dah 72 tahun dok sibuk carik bomoh no ekor lagi ke....pi dok masjid laaaaaaaaa
 

KIOS

Legendary Member
Joined
Oct 24, 2008
Messages
15,888
Reaction score
93
Points
120
adeh.. ade lagi org pecaya bomoh ekor nih...
yg peliknya bomoh tu tak pulak beli sendiri no tu...

dah tak payah amik upah tikik no... choy..
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
mula2 urut perut pas tu urut apa entah....yg kaya bukan kedai nombor tapi bomoh ...hahahhahahaaaa
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
sekarang nie, urut² pun boleh keluar nombor ka?
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
aiseyment... ish apa nak jadi ni... ya Allah bukakan hati dan pintu taubat-Mu kepada saudaraku yg masih hanyut dibuai onak dunia ini... Amin...


ps: bomoh number ekor pun tak ada yg kena nombor kaya....
 

scorpion_24

Fun Poster
Joined
Dec 2, 2007
Messages
335
Reaction score
0
Points
10
adess..cam2 hal...kot2 no tu kua ikut perut...tu ler dia urut kt perut..hehe..:p
 

ayie147

Fun Poster
Joined
Jan 24, 2010
Messages
397
Reaction score
8
Points
20
aku rase nombor tu timbul kat perut popuan tu kot..
 

akuinsan

Active+ Member
Joined
May 26, 2008
Messages
4,839
Reaction score
4
Points
25
adoyai..dah tua2 pun main nombor lg..donia2..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register