di tetak kerana kucing.

CG Sponsors




saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,562
Reaction score
46
Points
30
KAJANG: Puncanya hanya kerana seekor kucing yang mati sebelum berlaku pertengkaran antara dua lelaki berjiran.

Pertengkaran terbabit bagaimanapun merebak menjadi satu pergaduhan besar hingga seorang daripada jiran berkenaan ditetak dengan parang di Taman Bangi Indah, dekat sini, akhir bulan lalu.

Mangsa yang cedera di kepala dan tangan itu serta bekerja sebagai pengawal peribadi kemudian mengambil pistol dari dalam rumahnya untuk menembak jirannya itu, namun ditenteramkan beberapa jiran yang kebetulan melihat pergaduhan terbabit.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, 29 Oktober lalu, mangsa memarahi anak jirannya itu kerana menuduh anaknya memukul kucingnya hingga mati. Bagaimanapun, anak jirannya itu tidak berpuas hati sebelum mengadu kepada ayahnya.

Menurut sumber, suspek yang tidak berpuas hati dengan tuduhan itu bergegas keluar dari rumahnya dan tanpa usul periksa terus memarahi mangsa menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Ketika bertengkar, suspek yang belum berpuas hati masuk ke rumah sebelum keluar semula dengan membawa parang dan menetak kepala serta tangan mangsa.

“Mangsa yang berang dengan tindakan suspek dalam keadaan berlumuran darah mengeluarkan pistol dan cuba menembak lelaki berkenaan untuk mempertahankan dirinya,” katanya.

Menurut sumber terbabit, suspek yang panik melihat pistol itu kemudian lari ke dalam rumahnya menyelamatkan diri, malah dia sempat membuang parang yang digunakan untuk menetak mangsa ke dalam tong sampah berhampiran untuk menghilangkan bukti.

“Mujur kejadian itu dilihat beberapa jiran yang kemudian mententeramkan keadaan daripada menjadi lebih buruk dan tiada tembakan dilepaskan dalam pergaduhan itu.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang menggunakan ambulans yang tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan penduduk setempat sebelum menghubungi polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang berusia 37 tahun itu kini dilaporkan beransur pulih manakala jiran yang menyerangnya itu ditahan polis di rumahnya sebaik menerima laporan penduduk untuk membantu siasatan.

Pemeriksaan polis turut menemui parang milik suspek yang dicampakkan dalam tong sampah di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, selain memaklumkan pihak hospital turut menyerahkan sepucuk pistol dan enam butir peluru hidup milik mangsa kepada polis.

“Difahamkan, mangsa sendiri memaklumkan memiliki senjata api itu ketika dimasukkan ke hospital. Ia kemudian diserahkan kepada polis untuk disimpan.

“Pistol itu akan diserahkan semula kepadanya selepas semakan rekod mendapati beliau pemilik senjata api berdaftar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kejadian itu
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,184
Reaction score
1,041
Points
1,101
pergh ganas betul hidup berjiran camni
 

ilhamputra

Active Member
Joined
Jul 28, 2008
Messages
1,605
Reaction score
8
Points
25
ish.ape kes ni sampai nak mencederakan sebegitu rupa.pasal tak puas hati
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
jiran kg gaduh tarik2 rambut.. jirang bando gado pakai pistol skang...dasat2..
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
kalau nak gaduh tu biarla tangan kosong.......
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
dah macam gengster kalimuthu..jiran gaduh laki bini wat bising pastuh terus tembak..hua3...
 

saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,562
Reaction score
46
Points
30
zaman skrg org klu x puas hati main tetak n tembak je... begini lah jadinya bila hidup dlm tekanan.
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
teringat aku thread jamil kucing yg mengugut nak bunuh sapa2 yg dia nampak buat x baik pd kucing...

yg ni pun jenis2 mcm tu jgk kot...
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
tuan punya kucing pun boddo gak...tau bela kucing dalam kawasan taman, jaga la betul2. Jangan biar kucing tu berak depan rumah orang ke, cakar kusyen motor, asah kuku kat atas keter orang...

Lagi satu hidup berjiran ni kene banyak bersabar dan tolenrasi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register