BTC USD 49,264.4 Gold USD 1,784.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Serang Ransomware REvil? Perisian Percuma Ini Boleh Bantu Anda

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Ransomware kini menjadi igauan ramai, disebabkan oleh sebuah perisian hasad yang boleh mengunci keseluruhan dokumen dan komputer anda, sekaligus memerlukan anda melakukan bayaran tebusan sebelum dapat menggunakannya kembali seperti biasa. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, salah satu ransomware atau perisian hasad yang menyerang dan memberikan impak terhadap pelbagai komputer adalah REvil.

Ransomware-REvil-950x535.jpg.webp


Terbaru, pihak Bitdefender menawarkan perisian percuma yang membolehkan pengguna mengatasi penyulitan berkenaan dan mengakses komputer seperti biasa. Menurut Bitdefender, Universal Decryptor for REvil / Sodinkokibi Ransomware ini boleh digunakan pada komputer yang terkesan terhadap serangan sebelum 13 Julai 2021 lepas. Selepas tarikh berkenaan, sebahagian infrastruktur REvil tidak beroperasi – membuatkan komputer terkesan ditinggalkan begitu sahaja.

Dengan penawaran Bitdefender ini, pengguna boleh mendapatkan kembali akses kepada data dan komputer mereka, sekaligus menggunakan peranti seperti biasa kembali.

Bagi anda yang terkesan, boleh memuat-turun REvil Decryptor hari ini secara percuma.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register