Others di sebalik pembunuhan JALIL IBRAHIM.bank bumiputra.

CG Sponsors




Sponsored Post

kopiais

Active Member
Joined
Nov 1, 2012
Messages
2,009
Reaction score
180
Points
33

Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra. Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong. Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF. Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang kedalam akaun Carrian.


Pada 17 Julai 1983, dia memberitahu rakan sekerjanya di Hong Kong bahawa dijadualkan bertemu seorang ‘Datuk’ pada hari berkenaan. Keesokan harinya, mayatnya dijumpai di sebuah ladang pisang di wilayah New Territories berhampiran Hong Kong.

Kaitan kes kematiannya dengan BMF dan bagaimana Carrian boleh lumpuh, masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Ahli perniagaan dari Klang, Mak Fook Than didapati bersalah dalam komplot pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup disana.

Ketika perbicaraan, Mak mendakwa hanya membuang mayat Jalil sedangkan orang yang membunuhnya disebut sebagai warga Korea Selatan bernama ‘George’.

Mak juga menarik balik kenyataan awalnya bahawa dia bekerja dengan Kementerian Kewangan dan ditugaskan ke Hong Kong untuk mengutip sejumlah wang bagi seorang pegawai tinggi kerajaan.


Pengerusi BMF ketika itu, Lorrain Osman berkata Jalil mungkin mangsa peras ugut. Daripada maklumat yang diterimanya, Jalil sering menerima kunjungan pelawat tidak dikenali di bilik hotelnya walaupun selepas tengah malam. Pada hari pembunuhannya, Jalil dikatakan mengambil Hk$20,000 kononnya untuk seorang yang bernama ‘Ibrahim’ walaupun orang berkenaan tidak berada di Hong Kong.

“Kam, pengarah BMF mengalu-alukan tugas Jalil kerana ia membuktikan kami turut berusaha mendapatkan balik pinjaman (daripada Carrian). Tidak wujud apa yang disebut akaun rahsia di BMF. Laporan yang dibuat oleh Jalil sebenarnya turut membantu membuktikan bahawa Lembaga Pengarah memberikan pinjaman itu mengikut peruntukan yang ada. Beliau banyak membantu.” kata Lorrain.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati wujudnya penipuan dan penyelewengan dalam meluluskan pinjaman sehingga BMF kerugian berbilion ringgit. Jumlah itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh BBMB.Lorrain dan pengarah gantiannya, Dr Rais Saniman; pengerusi Kumpulan Carrian, George Tan dan pengarah eksekutif BBMB, Datuk Mohamed Hashim Shamsuddin didapati bersalah dalam skandal itu dan dijatuhkan hukuman penjara di Hong Kong.

Pada 1986, sebuah suruhanjaya penyiasat yang diketuai oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria merumuskan pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, beliau percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,091
Reaction score
20,952
Points
1,661
the longest trial in HK..17tahun tu
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,790
Reaction score
129
Points
43
famous kes ni..dulu lecturer ada cerita, forensic acc, tapi dah lupa..

kes lorrain osman ni siapa belajar biz law..mesti tau punya..
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
famous kes ni..dulu lecturer ada cerita, forensic acc, tapi dah lupa..

kes lorrain osman ni siapa belajar biz law..mesti tau punya..
demo sambung forensic acc ko bro ? UITM ?
 

engineeringdead

Active Member
Joined
Dec 29, 2008
Messages
1,619
Reaction score
1
Points
25
kupas lg bro
mentang2 aku bukan aliran [email protected]
tapi menarik cerita ni utk dipanjangkan
yg baik dijadikan pengajaran
yg x baik dijadikan tauladan
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,161
Reaction score
807
Points
166
jangan kata nk bagi adik abam **** dahler
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,790
Reaction score
129
Points
43
demo sambung forensic acc ko bro ? UITM ?
tidak lah tuan, lecturer saya masa tengah lecture dia selitkan lah cerita pasal forensic acc, terkeluar lah cerita bank BCB ni,,tapi tak nak cerita lebih, sensitif katanya..paham2 je lah..

yang kes lorraine osman tu boleh je google..panjang cerita dia tu.

Tuan kerunai, saya tak ambil pun forensic acc, tak mampu nak tambah hutang..:)
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
tidak lah tuan, lecturer saya masa tengah lecture dia selitkan lah cerita pasal forensic acc, terkeluar lah cerita bank BCB ni,,tapi tak nak cerita lebih, sensitif katanya..paham2 je lah..

yang kes lorraine osman tu boleh je google..panjang cerita dia tu.

Tuan kerunai, saya tak ambil pun forensic acc, tak mampu nak tambah hutang..:)
wife sy smbung forensic acc , suka dgr citer2 dia .. CSI mesia :D
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,790
Reaction score
129
Points
43
wife sy smbung forensic acc , suka dgr citer2 dia .. CSI mesia :D
haha, off topic ni tuan,sian TT..sifat "skepticism" wife tuan mesti kuat ni..gurau jer tuan,

berbalik kepada kes pembunuhan Jalil ibrahim ni seolah2 disenyapkan, tetapi yang dinaikkan kes lorraine osman di tuduh making secret profit...

kalau ada tuan master2 law kat sini..cerita la sikit..:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register