Di manakah syurga, di manakah neraka?

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Laa..Ingatkan ko tau.
Xtau jgk rupanya mcm mana nabi solat, puasa.
Ibadah yg utama yg menentukan umat Muhammad ni ke ni kafir ke muslim ni pun xtau, nak kupas bab syurga neraka mcm mana.
Boring..
:ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:
nanti la dulu
Kita lepaskan bab surga tu

kita dgr dulu penjelasan @imatheonlyone
Bagaimana adam ajar anak dia semayang plak
Supaya kita tidak sesat

heheh
 
Sponsored Post

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,947
Reaction score
222
Points
43
Dalam agama ni banyak contradiction.. baik kristian atau islam..

Mazhab pun banyak.. kristian pun byk mazhabnya..

Cara wahyu diturunkan pun banyak pendapat..

Terdapat beberapa cara wahyu diturunkan iaitu:
Seperti dengungan loceng.

  1. Malaikat menyerupai seorang lelaki dan bercakap.
  2. Secara terus daripada Tuhan
  3. Mimpi yang benar.
Aisyah meriwayatkan bahawa:

أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي، وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُول". قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ، وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.
Al-Haris bin Hisyam telah bertanya kepada Rasula Llah, dan dia berkata: Ya Rasula Llah, bagaimana wahyu mendatangi kamu?. Maka berkata Rasulu Llah: «Kadangkala ia mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka ia pun terputus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala satu mala’ikat menyerupakan untuk saya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan». Berkata `A’isyah: Dan sesungguhnya saya telah melihatnya, turun ke atasnya wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahinya benar-benar mengalirkan peluh. [Al-Bukhariy/ 2]
Agak2 kalau zaman sekarang ni tiba2 keluar seorang bijak pandai, yang mengatakan dia ada mimpi baru dati tuhan.. ramai tak percaya? Mesti kena ketawa kan.. hehe

Kalau aku, aku ikut logik akal aku je..yang penting apa yang kita buat ada kebaikan pada semua orang.. tu sudah cukup.. btw aku tak sekali2 menafikan hak agama oang lain dengan mengatakan kau kafir, kau buat baik macam mana pun kau tak akan masuk syurga..
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Sapa yg INGKAR setelah di berikan nasihat
Eg. Di beritahu supaya pakai seatbelt utk keselamatan..tp ingkar

Maka dia KAFIR, yakni menutupi kebenaran
Jika di tahan polis
Kene saman..
Lalu dia mengeluh “aduii jahannam la aku camni”

mcm org arab gak sebut
Example: جارٌ من الجحيم - a neighbor from hell, jiran dr neraka jaheem huhuh

takkan la kita nak ‘tafsirkan’ >woiii jiran dia tu dr neraka laaa :D
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
MasyaAllah

syurga itu ada di rumah rupa nya
Aduiiii..ada dipan2 di sana huhuh


hargailah ibubapa anda sementara masih ada
Dr situ lah kita turun ke bumi :p

abis la aku kene cop sesat pasni heheh
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Kita up balik

Ahli kitab pun pernah bertanya di manakah surga neraka bertempat fizikal itu?

Pandai jg nabi menjwb

1594605542897.jpeg


jd sy ingin bertanya..knp tidak ada seorg pun di sini yg bole menjwb? :D
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
BAGI ORANG BERIMAN
Mereka tiada PERASAAN susah atau TERASA bencana :p

Bila disuruh solat berjemaah
Mereka bergegas2 ke masjid
Rumah jauh pun sanggup pegi tu huhuh


Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka. Kemudian dikatakan kepada mereka, “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasakan kesenangan dalam hidupmu?” Mereka berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan.” Lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia dan dicelupkan sekali ke dalam syurga. Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu melihat kesusahan dalam hidupmu? Adakah kamu merasakan keburukan?” Mereka menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, aku tidak merasakan KEBURUKAN dan KESUSAHAN.”

Ibnu Majah meriwayatkan dari hadis Muhammad bin Ishaq daripada Humaid Ath-Thawil, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat dikatakan kepada penghuni dunia yang kafir yang paling senang, “Celupkan sekali dia ke dalam nereka.” Setelah dicelupkan dia dikeluarkan. Lalu ditanya kepadanya: “Wahai fulan, adakah kamu pernah mendapat kenikmatan dalam hidupmu?” Dia menjawab: “Tidak ada kebaikan yang pernah kuperolehi.” Kemudian dibawa orang yang beriman yang paling susah dan amat banyak sekali mendapat bencana, lalu dikatakan padanya: “Celupkan dia sekali ke dalam syurga.” Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu pernah merasakan kesusahan dan bencana?” Doa menjawab: “TIDAK ADA KESUSAHAN DAN BENCANA YANG PERNAH KURASAKAN.”


rujukan:

1596076781980.jpeg
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Jaga keluarga daripada api neraka

Mendidik itu sebenarnya adalah hak ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, ibu bapa adalah orang pertama yang memberikan pelajaran kepada anaknya. Jika ditanam pada diri ajaran dan nilai keislaman, maka mereka akan menjadi orang Islam yang baik.

Itulah yang disebutkan Saidina Umar kepada seorang ayah yang mengadu kepadanya kerana anaknya menderhaka kepadanya.
Saidina Umar berkata, “Sebelum anakmu menderhakaimu, kamu lebih dahulu derhaka kepadanya.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Menerusi ayat itu, Allah SWT mengingatkan, iman perlu dipelihara, dirawat dan dipupuk dengan cara menjaga keselamatan diri dan keluarga daripada api neraka.

Saidina Ali ketika menjelaskan kalimat ‘peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka’ itu bermaksud anak perlu diberi didikan sempurna.

Ibnu Abbas berkata: “Taatlah kepada Allah, jauhilah perbuatan maksiat dan perintahkanlah keluargamu untuk selalu zikir (ingat kepada Allah), maka Allah akan menyelamatkanmu daripada api neraka.”
Menurut Sayyid Sabiq, memelihara diri dan keluarga termasuk anak daripada neraka adalah dengan pendidikan dan pengajaran.


Perhatikan perkembangan anak-anak supaya mereka mempamerkan akhlak mulia selain ibu bapa perlu juga menunjukkan contoh yang baik.
Jelas, betapa pentingnya pendidikan menurut Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa saja yang memiliki tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan lalu mendidik mereka dengan baik, pastilah ia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Imam Ghazali berkata: “Anak adalah amanah Allah bagi kedua-dua orang tuanya. Hatinya (anak) berkilau bagaikan mutiara yang indah, bersih daripada setiap coretan atau lukisan, menerima setiap ukiran, cenderung ke mana saja yang diarahkan. Jika dibiasakan belajar dengan baik, ia akan tumbuh menjadi baik, beruntung di dunia

Sumber: https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/367842/jaga-keluarga-daripada-api-neraka
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,947
Reaction score
222
Points
43
Kita up balik

Ahli kitab pun pernah bertanya di manakah surga neraka bertempat fizikal itu?

Pandai jg nabi menjwb

View attachment 258658

jd sy ingin bertanya..knp tidak ada seorg pun di sini yg bole menjwb? :D
Haha.. Nabi pun balas balik dengan soalan...

Btw, kalau nabi masih wujud sekarang, pening juga nabi nak mejawap soalan2 umat dia zaman sekarang ni..

Maklumlah umat2 dia zaman sekarang dah advanced berfikir..
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
647
Reaction score
228
Points
33
agama tu tak susah pun nak faham

sebab dah ada guru dia.. para alim ulama si pewaris nabi

kalau kita ada masalah dengan kereta.. kita pergi ke bengkel keta

kalau ada masalah dengan iman kita, kita carilah para alim ulama ni untuk mintak pencerahan

ye.. ramai yg jenis terlajak bila beragama sekarang .. sebab tak faham hukum asal .. hujung pangkal .. rasa pandai je

takpelah.. bahagian masing2 .. ujian masing2 .. aku doakan semua dkt sini terselamat je dari hati yang berbolak balik dari kebenaran.. :)

Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."

 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,485
Reaction score
1,595
Points
596
alhamdulilah best perkongsian

layan.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register