BTC USD 44,673.9 Gold USD 1,742.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
 
Sponsored Post

taurusboyz90

Legendary Member
Joined
Apr 20, 2008
Messages
10,017
Reaction score
119
Points
123
thanks tuan tanah...untuk lelaki punya x de:p
 

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
terima kasih diatas peringatan :)
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
thanks tuan tanah.....
 

VAMP

Ex-Super Mod
Paid Membership
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,440
Reaction score
59
Points
130
cantik di dunia dan juga akhirat nanti..
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,886
Reaction score
8,267
Points
716
cantik akhlak & agamanya :)
 

utbahz

Active Member
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,969
Reaction score
7
Points
35
Makasih tuan tanah..Pun begitu, majoriti lelaki masih lagi memandang kecantikan kontra dan wanita pun sama...Rambut xmo tudung,Baju nak ketat2 kasik nampak figure..Etc2..:(
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register