BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Dakwa Tidak Patuhi SOP Sembelihan, Gadis Melambung Ke Udara Di Tanduk Lembu Korban

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
18.06.2024 - Seorang gadis dipercayai tercedera akibat disondol seekor lembu ketika melakukan ibadah korban pada Isnin. Kejadian dikatakan berlaku selepas lembu itu terlepas daripada ikatan dan meronta sehingga mengakibatkan beberapa petugas serta penduduk di situ lari bertempiaran. Gagal mengelak, individu berkenaan kemudiannya tercampak dan terkulai akibat disondol lembu tersebut. Kejadian itu kemudiannya tular di laman media dan meraih kecaman ekoran pihak penganjur masjid didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sepatutnya ketika melaksanakan ibadah terbabit.

Berdasarkan garis panduan penyembelihan ternakan korban oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, ternakan korban yang sedang menunggu giliran perlu diasingkan bagi mengelakkan ia melihat ternakan lain yang sedang disembelih. Jelasnya, perkara itu bertujuan bagi menjaga kebajikan haiwan mengikut pandangan Islam dengan ternakan hendaklah dilapah di tempat yang bersih dan bersesuaian setelah ia mati. Malah, pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan tidak boleh diasah di hadapan ternakan yang hendak disembelih bagi menjaga kebajikan haiwan tersebut. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang keterangan lanjut daripada pihak penganjur masjid dan lokasi kejadian juga tidak dinyatakan setakat ini.​


 
Sponsored Post

makin tahun makin menjadi2 kes lembu terlepas.. dah jadi macam rodeo kat itali.. aku rasa saja depa ikat x kuat pastu buat bagi lepas supaya jadi meriah.. sebab kat kedah ni jarang la ada kes lembu terlepas.. ikat pakai tali besaq bukan tali rapia.. yg ditambat tu pulak lembu bukan manusia yg reti buka tali ikat.. selalu terlepas x jadi apa, kali ni kena sondoi anak sendiri baru ada akai

Yg penonton ramai2 dok p berhimpun macam pesta jadahnya..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register