BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Dakwa Edar Dadah 400kg, 2 Lelaki Berdepan Hukuman Mati

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,898
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,898
Reaction score
6,856
Points
916
Awards
1
25.08.2023 - Kedua-dua tertuduh juga didakwa memiliki dua laras senjata api tiruan berserta dua kelopak peluru. Dua lelaki berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas empat pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 400kg. Choong Boon Wah dan Seng Chun Leong, kedua-duanya 44 tahun, didakwa secara bersama mengedar 413.826kg dadah jenis Nimetazepam (Erimin 5) di dalam tiga bilik dan ruang tengah sebuah rumah di Jalan Sri Klebang 2, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor dekat sini, pada 9.15 pagi 15 Ogos lepas. Mereka dituduh di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum hukuman mati, dihukum dengan sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, media melaporkan polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan dua lelaki, dan rampasan dadah jenis Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM30.6 juta, dalam satu serbuan di Klebang, Chemor dekat sini. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria. Majistret S Punitha menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dua laras senjata api tiruan berserta dua kelopak peluru.

Choong dan Seng didakwa bersama-sama memiliki satu laras senjata api tiruan HK416 beserta satu kelopak peluru dan satu laras senjata api tiruan HKMP5 beserta satu kelopak peluru di lokasi dan tarikh yang sama pada 9.30 pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 6 Okt untuk sebutan semula kes.
1692953226100.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register