Di China, pengguna perlu imbas muka untuk dapatkan tisu tandas

CG Sponsors

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,025
Reaction score
21,128
Points
1,671

PENGGUNA perlu menjalani pengecaman muka sebelum boleh mendapatkan tisu percuma di tandas di Beijing. - Agensi

Beijing: Pihak berkuasa bandar raya ini kini giat menggunakan teknologi pengecaman muka di tandas awam di bandar raya itu sebagai cara untuk menghentikan kegiatan mencuri kertas tisu.

Di satu kawasan tumpuan pelancong yang dikenali sebagai Temple of Heaven, pengguna tandas perlu berdiri di hadapan mesin pintar yang dilengkapi kamera berdefinisi tinggi untuk membolehkan muka mereka dicam, menurut laporan akhbar Huanqiu.

Setiap pengguna hanya boleh mengambil sekeping tisu berukuran 60 kali 70 sentimeter. Jika memerlukannya lagi, mereka perlu menunggu selama sembilan minit.

Enam mesin dipasang di tandas di kawasan itu bagi menyekat pengunjung mencuri tisu untuk digunakan di rumah.

Pengguna dikehendaki menanggalkan topi dan cermin mata hitam mereka supaya wajah mereka dicam.

Sebaik dicam, kertas tisu itu akan keluar secara automatik.

Jika wajah sama dicam dalam masa yang singkat, mesin itu tidak akan mengeluarkan tisu.

Berita mengenai pemasangan mesin pintar itu menarik banyak ulasan daripada pengguna media sosial negara itu.

Ada yang mencadangkan supaya pemberian tisu secara percuma dihentikan sama sekali.

Ada juga pengguna berkata, dia yakin mesin itu akan dirosakkan dalam masa terdekat ini.

Pengguna sering mengambil tisu terlalu berlebihan malah ada yang mencurinya untuk digunakan di rumah.

http://www.hmetro.com.my/node/215307
 
Sponsored Post

demimasa

Active+ Member
Joined
Jan 20, 2010
Messages
2,824
Reaction score
406
Points
41
Pengotor betul main calit dengan tisu je.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,419
Reaction score
11,765
Points
1,906
oh, sebab nak elak kegiatan curi tisu
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,446
Reaction score
1,173
Points
201
perghhh... kuatkuasa semata nk elak kecurian tisu?
 
myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Sampai tisu tandas pun nak curi. Apa punya bangsa lah ni.
 
hilmi_4601

Active Member
Joined
Apr 4, 2011
Messages
1,429
Reaction score
41
Points
30
Pengotor betul main calit dengan tisu je.
kalau ikut sabda Nabi yg ni
""Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda : Bila seseorang pergi ke tempat buang air, maka hendaklah ia membawa tiga buah batu." HR Ahmad dan Abu Daud.

nk ckp pengotor jugak ke suh calit pakai tiga buah batu?

Islam pun ade ajar cara istinjak guna bende kering.. cuma kita je x practic kn..

Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :

Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.
"Bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Bila salah seorang di antara kamu pergi buang air, hendaklah istinjak dengan tiga buah batu kerana demikian itu cukuplah untuknya." HR Ahmad dan Nasai.

Menggunakan air semata-mata.
"Ketika Rasulullah s.a.w. masuk tandas, maka aku bersama seorang anak yang sebaya denganku membawa setimba air dan gayung, maka ia pun bersuci dengannya." Disepakati.

Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.
"Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda : Bila seseorang pergi ke tempat buang air, maka hendaklah ia membawa tiga buah batu." HR Ahmad dan Abu Daud.
 
Darurat cerita lainlah tuan. Istinjak bila jumpa air kena basuh. Ini tak darurat pun main calit je setiap waktu dan masa.
 
sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
ada gak usaha mereka utk kurangkan kes curi tisu.
 
tokekapal114

Active Member
Joined
Apr 21, 2015
Messages
1,498
Reaction score
295
Points
51
*Desakan hidup pun ada..

Kat sana ada dikalangan dorang org btol2 susah..kat rumah xda heater..

Ko bayangkan kalo suhu luar rumah 2-3 darjah celcius..pi ler cebuk pakai air..mau kebas pungkoq ko..

Kalo buka kitab beristinjak...xsalah guna tisu or mende2 yg kesat yang dibenarkan syarak.

Yg penting ilang bau, rasa dan warna.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register