BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DHPP ikrar manfaat lompang sokongan kaum bukan Islam - Balasundram

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,692
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,692
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
DHPP ikrar manfaat lompang sokongan kaum bukan Islam

shaheedul.attamimSeptember 8, 2024

Sebahagian ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang hadir pada Konvensyen yang berlangsung di Jerantut, 8 September 2024.
JERANTUT: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mesti mengisi kelompangan sokongan masyarakat bukan Melayu yang mulai merosot khususnya kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), demikian seru Ketua DHPP, Balasubramaniam Nachiappan.|

“Untuk mengisi kelompangan ini, maka DHPP perlu bersedia untuk berubah dari pelbagai sudut untuk mendekati masyarakat bukan Melayu atau bukan Islam di Malaysia,” ujarnya pada Konvensyen DHPP Kali Ke-9 di Hotel Darul Makmur, di sini hari ini.

Bekas Ahli Dewan Negara itu mengemukakan dalam ucapannya senario sokongan yang DAP telah bina terhadap khususnya terhadap pengundi orang bukan Melayu dari kaum Cinadi mana kini mula memperlihatkan kemerosotan.

Menurut beliau, sokong mega pengundi Cina kepada DAP dapat kita lihat pada PRU13 apabila sekitar 80 peratus mereka telah memberikan kepercayaan besar kepada DAP dan meninggalkan parti MCA yang sebelum ini menjadi suara politik kaum Cina.

“PRU14 dan PRU15 masih menunjukkan pengundi Cina terus meletakkan harapan kepada DAP-PH. (Tetapi) Kewujudan Perpaduan di antara gabungan PH dan BN pada peringkat awal pun telah menimbulkan kesangsian.

“Ditambah lagi dengan polisi Kerajaan Perpaduan yang tidak mesra rakyat, tidak memberikan nilai positif kepada rakyat. Sebab itu, ketika menjelang PRK DUN Sungai Bakap, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah menyebut bahawa beliau sedar dakwaan tersebut.

“(Anthony) mengatakan berlaku penurunan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah dikesan sebelum hari mengundi yang mana tinjauan awal mendakwa DAP mungkin kehilangan 20 peratus pengundi Cina kepada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang telah pun menjadi kenyataan.

“Selepas 10 tahun memberikan harapan kepada DAP dan PH, nampaknya semuanya hanyalah harapan palsu belaka,”bidasnya sekali gus menggariskan tindakan perlu dilaksanakan semua pimpinan dan ahli DHPP.

Pertama katanya, perlu kenal pasti isu yang dimainkan oleh musuh dan sering kali dimomokkan kepada masyarakat bukan Melayu dan mesti diberikan penerangan secara serius dan tersusun.

Menurut beliau, dunia ketika ini sangat bergantung kepada media sosial (medsos) untuk menyampaikan mesej perjuangan di mana DHPP perlu perlu perkasakan semua perkara yang berkaitan dengan penerangan.

“Perkasakan jentera penerangan, pelbagaikan media penerangan seperti mewujudkan medium poscast, ceramah atas talian atau online, mewujudkan Tiktok DHPP, meramaikan influencer dan pelbagai lagi kaedah penerangan yang benar-benar dekat dengan hati rakyat.

“Semuanya perlu kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati, bak kata pepatah – Bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak,” ujar beliau.

Kedua, beliau menggesa supaya DHPP membuat kaji selidik untuk mengenal pasti apakah masyarakat di luar sana mengenali DHPP atau pun tidak kerana perlu dapatkan pandangan, cadangan dan jangan bimbang jika masyarakat mengkritik DHPP.

Kerana kritikan menurut beliau, sebenarnya satu peluang untuk DHPP memperbaiki diri dan organisasi, selain menggesa supaya struktur pentadbiran DHPP diperkemaskan termasuklah status keahlian DHPP yang perlu dikemaskini.

Beliau juga menyeru semua anggota DHPP agar mengikhlaskan diri dalam perjuangan PAS tanpa ada kepentingan peribadi untuk mencari kesenangan diri, selain bersatu hati, tenaga dan idea serta bergerak sebagai satu pasukan. – HARAKAHDAILY 8/9/2024
 
Sponsored Post

Pas letak sasaran wakil DHPP menang pilihan raya akan datang

Khuzairi Ismail8 September 2024
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap merasmikan Konvensyen DHPP Kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Jerantut, Pahang, hari ini.
KUALA LUMPUR – Pas meletakkan sasaran wakil daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mampu memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan itu bagi memastikan wakil DHPP kelak dapat berada dalam barisan kepimpinan sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

Apatah lagi, ujar beliau, Pas ketika ini sedang memberi tumpuan untuk merampas negeri Pahang, Perak dan Selangor, sekali gus memerlukan sokongan wakil daripada DHPP.

“Tadi, saya bisik kepada Bala (Ketua DHPP, N. Balasubramaniam), saya katakan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), ada wakil daripada DHPP berada dalam kerajaan.

“Pahang, Perak dan Selangor, tiga negeri ini akan jadi tumpuan kita pada PRU-16, dan saya (Pas) sangat berharap DHPP ada wakil di tiga negeri ini nanti.

“Baru-baru ini, Bala dilantik sebagai Senator, tapi nanti kita mahu dia menang bergaya (bukan secara lantikan),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DHPP Kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Jerantut, Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, tambah Tuan Ibrahim, Pas turut berterima kasih kepada DHPP yang disifatkan turut memainkan peranan besar sehingga membolehkan parti tersebut menjadi parti tunggal terbesar di Dewan Rakyat dengan 43 kerusi Parlimen ketika ini.

Ujar beliau, kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa bantuan dan penyertaan DHPP yang sekali gus menolak tanggapan kononnya Pas merupakan sebuah parti ekstrem dan pelampau agama.

“Hakikatnya, Pas tolak sebarang elemen ekstrem dan pelampau sama ada oleh individu, badan-badan atau orgaisasi.

“Kita tegaskan golongan pelampau tidak ada (ruang) dalam Pas, mereka boleh keluar dari Pas kalau mahu dokong perjuangan ekstrem,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa DHPP mengambil peluang daripada gelombang peningkatan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum lalu untuk menarik sebanyak mungkin sokongan bukan Melayu terhadap Pas serta gabungan parti politik tersebut.

Ujar beliau, gelombang itu bukan hanya melibatkan blok Melayu atau di negeri-negeri yang majoritinya orang Melayu, sebaliknya meliputi semua masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang.

“Kalau kita jujur, ikhlas dalam perjuangan dan bela nasib rakyat tanpa kira kaum, tidak mustahil rakyat berbondong-bondong sokong PN.

“Yang penting rakyat nak tengok bagaimana kita bekerja dengan ikhlas dan bagaimana kita dapat membela nasib mereka,” katanya. – MalaysiaGazette
 
Biar betul TITM, "Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan itu bagi memastikan wakil DHPP kelak dapat berada dalam barisan kepimpinan sama ada di peringkat negeri atau Pusat."

Dia x tahu ke ibrah dari peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW, bukan Islam x boleh jadi pemimpin, sekadar pelaksana saja.
 
demi menang pilihanraya.. apa dalil pon tak apa.. janji melayu pas menang
 
Itulah aku kata, pimpinan PAS, terutama TGHH ni cuma PERGUNA AGAMA, bkn GUNA AGAMA dlm berpolitik.

Sekejap keluar dalil non muslim sekadar pelaksana, utk triggered bantahan org kafir dlm negara ini, kejap nk bagi kafir jadi calon pula.

Kejap pilih calon pilihanraya ni ibarat kita nk pilih imam solat, tang situasi lain pula pilih YB ni bukan kita nk pilih imam solat.

Gila
 
Biar betul TITM, "Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan itu bagi memastikan wakil DHPP kelak dapat berada dalam barisan kepimpinan sama ada di peringkat negeri atau Pusat."

Dia x tahu ke ibrah dari peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW, bukan Islam x boleh jadi pemimpin, sekadar pelaksana saja.
Awassss
Haram untuk kamu, halal untuk kami.
Fatwa rasmi pas
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register