Dewi Remaja Di Kuarantin 54 hari, Elak Masalah Sosial

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,467
Reaction score
2,017
Points
176
17.10.2019 - Kuala Lumpur, Dewi Remaja 2019 diperketatkan dengan beberapa peraturan bagi mengelak peserta tahun ini terbabit masalah sosial seperti kontroversi lalu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal, misi utama pertandingan edisi ke-10 itu ialah untuk mencari seorang personaliti remaja yang boleh dijadikan contoh terbaik.

Justeru, kata Emarina, pihaknya akan memastikan peserta dikuarantin sepanjang pertandingan itu berlangsung bagi mereka memberi fokus pada perkara berfaedah.
Iklan
"Peserta akan dikuarantin selama 54 hari iaitu sepanjang pertandingan berlangsung bagi mengelak masalah sosial dan melakukan aktiviti selain daripada Dewi Remaja.

“Kami tak mahu ada kelonggaran hingga peserta kali ini mengulangi kesilapan seperti tahun lalu,” katanya.

Tambah Emarina, pertandingan Dewi Remaja wajar digunakan sebagai platform untuk peserta menyumbangkan jasa bukan saja dalam tapi di luar negara.

Emarina ditemui pada majlis pengumuman peserta Dewi Remaja Top 12 di sebuah kompleks beli-belah di Damansara Utama, Petaling Jaya semalam.

Seramai 20 orang calon peserta Dewi Ramaja terpilih untuk saringan akhir namun hanya 12 orang saja berjaya sebagai finalis.

Peserta yang diserap masuk ialah Andrianna Fernandez, 19, Shaza Nuriman (24), Nynaa Harizal (23), Sharlina Gilbert (23), Myra Natasha (24), Syamira Izzati (22), Saidah Syahirah (23), Adriana Ghafar (21), Syaza Ezra (19), Shatirah Amanda (19), Nina Amin (23) dan Aishah Azhan (24).

Sepanjang lapan episod, pelakon dan pemenang Dewi Remaja 2005/2006 Scha Al Yahya akan bertindak sebagai juri tetap manakala aktres Amelia Henderson menjadi pengacara.


Video Kelab Malam

Terdahulu, penyandang gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee mencetus kontroversi selepas tular rakaman klip video dia bersama beberapa peserta lain berhibur sambil minum minuman keras di sebuah kelab malam.

Susulan konterversi dianggap melanggar syarat penyertaan dan kontrak pertandingan, gelaran juara diberikan kepadanya ditarik balik oleh penganjur.

Pelucutan gelaran itu dibuat selepas 72 jam Haneesya bergelar juara dan buat pertama kalinya tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim tersebut.

Untuk rekod, Haneesya memohon maaf dan mengaku dia menerima penarikan balik gelaran tersebut dengan hati terbuka.

Sementara itu, Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, peserta bakal didedahkan cara menguruskan media sosial dengan lebih bermanfaat.

Selain itu katanya, mereka juga bakal berdepan soalan-soalan berkaitan pengetahuan am yang dititikberatkan ketika sesi penjurian peserta.

“Buat pertama kali Dewi Remaja menyuntik elemen pengetahuan am sebagai salah satu elemen utama.

“Ia bagi membuktikan peserta mempunyai pakej menyeluruh terutama daripada segi aspek personaliti dan latar belakang akademik,” katanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/hiburan/496072
 
Sponsored Post

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
5,920
Reaction score
472
Points
81
hidup lagi rancangan ni... perosak bangsa melayu islam betul la
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,067
Reaction score
219
Points
73
Lepas 54 hr merdeka buat balik hahaha
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,905
Reaction score
1,867
Points
141
ada orang tgk ke rancangan ni??

selalu nampak gak masuk berita ke apa..tp rancangan apa pun aku x tahu
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,600
Reaction score
162
Points
78
Astro ngam tv3 berlumba2 buat rancangan sampah camni.Gila glamour semua yg nak masukni.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
8,948
Reaction score
40
Points
70
Bg la gmbr sebiji2 baru segar mata nk tgk :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register