BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Ulama pertahan Jais

Cybernet

Fun Poster
Messages
149
Joined
Sep 26, 2010
Messages
149
Reaction score
17
Points
25
9411189.jpg



SHAH ALAM – Tiada gunanya
kewujudan Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) seandainya
jabatan terbabit tidak dapat
melaksanakan tanggung jawab
mencegah umat Islam di negeri itu daripada melakukan perkara
bertentangan dengan ajaran
Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk
Harun Taib berkata, beliau
menyokong sekiranya tindakan
Jais (menyerbu gereja di
Damansara Utama) berdasarkan
peraturan dan undang-undang Islam kerana Jais berhak
bertindak sedemikian.

Menurutnya, sebelum berlaku
insiden tidak diingini, tindakan itu
adalah pencegahan awal
sepatutnya dilakukan.

“Kegiatan berkaitan dengan
agama Islam adalah di bawah
jabatan agama itu sendiri (Jais).
Kalau Jais tidak dapat bertindak
di atas maklumat yang diberikan
orang ramai. Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan.

“Jais bertindak mestilah
mendapat maklumat orang ramai,
itu adalah peringkat pertama
dalam usaha pencegahan. Hendak
mendapatkan maklumat daripada
polis, itu bukan kerja polis,” katanya.

Mengulas mengenai umat Islam
yang berada di gereja pada
malam itu katanya, umat Islam
sepatutnya memilih berada di
masjid atau surau untuk
bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah.

“Mereka sepatutnya berada di
rumah, masjid atau surau. Bukan
di rumah ibadat orang bukan
Islam kerana itu boleh
mendatangkan kecurigaan dan
keraguan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun
diizinkan berbilang agama tetapi
sudah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan
mengenai agama Islam sebagai:
agama rasmi.

“Ada pihak tidak faham makna
kebebasan beragama, sebab itu
mengeluarkan kenyataan tidak
sepatutnya. Jadi perlu
diperjelaskan kepada pemimpin
masyarakat dan umum mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga
menyokong tindakan dan
kenyataan Exco Hal Ehwal Agama
Islam Selangor, Datuk Hasan Ali
berhubung isu itu kerana beliau
berhak berbuat demikian.
 
org mlm2 p terawih tambal amal, dia p gereja.

pastu bila JAIS dtg buat siasatan, ada plak org ISLAM sendiri pertikaikan.
 
Aku sokong dr hasan dalam hal ni
 
Back
Top
Log in Register