BTC USD 57,398.9 Gold USD 1,794.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat tubuh jawatankuasa siasat aduan Wee Chee Keong

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tanpa bahas untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung satu perbuatan menghina majlis yang didakwa berlaku di lobi Parlimen pada 7 Dis lepas.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu tidak dibahas.

Pada 8 Dis lepas, Wee mendakwa dimarahi Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah selepas beliau mendedahkan campurtangan Shafie dalam urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat.

Melalui usul itu, Mohamed Nazri mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register