BTC USD 81,886.7 Gold USD 3,035.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024

Md Hanif

Active Member
Messages
1,185
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,185
Reaction score
91
Points
35
f1ed34ab55dcb31837f56df4620291026756d45cc971b


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 bertujuan meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata undang-undang berkenaan ditumpukan kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang bakal terlibat dalam proses pelesenan pada Januari tahun depan.

Beliau berkata undang-undang itu adalah satu keperluan dengan mengambil kira kemajuan teknologi telekomunikasi dan persekitaran dalam talian yang lebih mencabar serta berbahaya, memandangkan hampir 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial.

"Dengan pengguna berpuluh juta, duit berbilion ringgit, takkan (syarikat penyedia) nak berniaga untung sahaja...mereka masuk wilayah kita, kena ada tanggungjawab," katanya.

Menurut RUU itu, menjadi kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk melaksanakan langkah bagi mengurangkan risiko pengguna yang didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

 
Back
Top
Log in Register