BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat lulus RUU bubar Mavcom

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,235
Joined
Apr 18, 2010
Messages
48,235
Reaction score
5,293
Points
486
Awards
1
MAVCOM-GAMBAR-HIASAN.jpeg


KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang ditubuhkan lapan tahun lalu menerusi menerusi undian belah bahagian Ahli Parlimen.

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan seramai 93 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dan 66 tidak hadir.

Anthony Loke sebelum ini memaklumkan, Mavcom akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Jelas beliau, badan kawal selia industri penerbangan Malaysia dirombak dan diletakkan di bawah satu entiti untuk memangkin industri penerbangan awam selari supaya lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.


Kata beliau, pembaharuan itu juga bertujuan mengurangkan karenah birokrasi dan mempertingkat keberkesanan serta kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan penerbangan awam.

“Dengan penggabungan Mavcom dan CAAM kelak, tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kelulusan berasingan daripada dua agensi.

“Sebaliknya, satu entiti kerajaan akan memproses permohonan kelulusan teknikal dan pengeluaran lesen kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Penggabungan MAVCOM-CAAM, tiada udang di sebalik batu - Anthony​

hm26udang_1719403289.jpg


Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan bahawa penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bertujuan 'melicinkan' urusan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

MAVCOM akan beroperasi seperti biasa sebagai pengawal selia sektor penerbangan awam sehingga pembubaran berlaku, ia dijangka mengambil masa antara enam ke sembilan bulan selepas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 dan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (pindaan) 2024, urusan MAHB pula akan selesai dalam tempoh enam bulan, kata Loke.

"Proses ini masih perlu melalui MAVCOM dan akan ditentukan oleh ahli-ahli suruhanjaya sedia ada... jadi 'tiada udang di sebalik batu' (ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik langkah ini). Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kena mengena dengan MAHB.

"Jika MAVCOM tidak bersetuju, maka tidak jadilah penjualan saham MAHB dan itu yang akan berlaku...maka tidak bolehlah mendakwa bahwa keputusan ini untuk membantu 'melicinkan' (melancarkan) urusan penjualan saham MAHB," katanya semasa penggulungan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Loke berkata secara dasar langkah penggabungan MAVCOM-CAAM telah dipersetujui sejak tahun 2019 dan ia tidak dilakukan baru-baru ini.

Menerusi penggabungan entiti berkenaan, MAVCOM akan dibubarkan dan fungsinya akan diserap ke dalam CAAM, menjadikan pihak berkuasa tersebut badan kawal selia tunggal industri penerbangan awam di Malaysia.

Semasa sesi perbahasan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024, beberapa Ahli-Ahli Parlimen menyeru kerajaan untuk menangguhkan penggabungan MAVCOM-CAAM dan membawa perkara itu untuk dibincangkan di dalam jawatankuasa khas.

Kerajaan juga didesak untuk mencari alternatif lain selain membubarkan MAVCOM, suruhanjaya penerbangan bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia aspek ekonomi dan komersial industri penerbangan awam serta perlindungan hak-hak pengguna penerbangan di Malaysia, bermatlamat untuk menjadikan industri penerbangan awam negara berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan.

Mereka turut meluahkan kebimbangan dengan langkah berkenaan, mereka berpendapat ia boleh mengekang pengawal selia industri penerbangan yang telus dan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Di sebalik desakan itu, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan Dewan Rakyat, membolehkan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (pindaan) 2024 dibentangkan untuk kali kedua hari ini.

Pada 2019, Kementerian Pengangkutan mengumumkan kerajaan akan menggabungkan kedua-dua entiti itu (MAVCOM DAN CAAM) dan fungsi utama MAVCOM akan dipindahkan kepada CAAM.

 

Johari digesa siasat, ambil tindakan dua Ahli Parlimen MCA tak mengundi RUU Mavcom​

0219rsjohari_1719397811.jpg


Kuala Lumpur: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul digesa menjalankan satu siasatan dan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen blok kerajaan yang tidak mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, gesaan itu bagi memastikan tiada unsur khianat terhadap RUU yang dibentangkan oleh kerajaan.

"Tan Sri Speaker, saya nak point out the fact (tunjukkan fakta). Tadi dua Ahli Dewan daripada MCA tidak mengundi.

"Jadi, saya nak minta Tan Sri untuk menyiasat sama ada dua MP (Ahli Parlimen) MCA ini sengaja boikot atau tidak.

"Kalau betul mereka sengaja tidak mahu mengundi untuk pihak kerajaan, saya minta Tan Sri Speaker mempertimbangkan mengalih tempat mereka daripada sini (blok kerajaan) ke blok pembangkang," katanya semasa membahaskan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat terdahulu meluluskan RUU untuk membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

RUU Mavcom (Pembubaran) 2024 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada Isnin diluluskan melalui undi suara majoriti selepas perbahasan hangat.

Bacaan kedua rang undang-undang itu, yang dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini diluluskan melalui undian blok dengan 93 menyokong, 63 menentang manakala 66 tidak hadir.

RUU itu bertujuan untuk membubarkan Mavcom, memindahkan hak, kuasa dan dananya kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kontrak sedia ada yang dibuat oleh Mavcom akan kekal sah sehingga tamat tempoh.

Sebaik sahaja digubal, Mavcom dan kakitangannya akan berintegrasi secara beransur-ansur ke dalam CAAM menjelang tahun depan, bertujuan untuk mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan penerbangan awam.

 
Banyak agensi bertindih. Eloklah dimansuh atau dijumudkan.

Dulu Tun M (bersama PH) dah nyanyi nak kecilkan bilangan penjawat awam. Ramai lah Melayu meroyan tanpa usul periksa.
Yer
Banyak jgk makan gaji buat xde keje pape goyang telur pegi pagi balik petang join orang jem
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register