BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang KWSP (pindaan) 2025

combat13

Active+ Member
Messages
4,068
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,068
Reaction score
146
Points
33
d4c5e086a4728240cec5791e83b5db2c67c984f3519d8

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 bertujuan meningkatkan perlindungan sosial yang setara antara pekerja rakyat Malaysia dan bukan warganegara.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

Ia melibatkan pindaan kepada 11 fasal bagi mengadakan peruntukan berhubung dengan tanggungan untuk membayar caruman dan kadar caruman yang kena dibayar ke atas pekerja bukan warganegara Malaysia.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata cadangan mewajibkan pekerja bukan warganegara untuk mencarum adalah bertujuan memberi manfaat kepada rakyat dan negara kerana ia akan meningkatkan struktur gaji kebangsaan.

“Dengan peningkatan gaji ini, isi rumah akan mempunyai kebolehupayaan yang lebih tinggi untuk berbelanja seterusnya membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, polisi mewajibkan perlindungan sosial kepada pekerja bukan warganegara selari dengan amalan baik antarabangsa,” katanya.

Amir Hamzah berkata ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja bukan warganegara dalam jangka masa panjang, sekali gus meningkatkan daya saing perniagaan tempatan yang mendorong kepada peralihan perniagaan ke arah automasi.

Beliau berkata kertas Low-Skilled Foreign Workers' Distortion to the Economy (2018) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati kadar kebergantungan industri kepada pekerja bukan warganegara mempunyai hubung kait yang tinggi dengan tahap produktiviti industri tersebut.

“Sekiranya tiada caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara, ini menyebabkan kadar menggajikan pekerja bukan warganegara lebih murah berbanding pekerja tempatan... sebab itu, penting ikhtiar ini bagi mengelakkan ketidakseimbangan dalam menggalakkan penggajian rakyat tempatan.

“Selain itu, ini juga dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan pekerja bukan warganegara tanpa dokumen kerana hanya pekerja yang sah berdaftar dengan majikan layak mencarum ke dalam KWSP,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register