Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November 2020

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
PARLIMEN l Takiyuddin berkata antara yang ditangguhkan adalah RUU Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

1608178612813.png


Lima RUU dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang
Diterbitkan Hari ini 11:45 am


PARLIMEN l Bacaan kali kedua dan ketiga bagi lima Rang Undang-Undang (RUU) dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang.

Mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU tersebut adalah Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020; dan Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020;

Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020; dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 turut ditangguhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62 Dewan Rakyat.

Sementara itu, Takiyuddin berkata mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan lima RUU termasuk Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020.

“Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12 (1) terdahulu iaitu Selasa lalu dan mengikut Peraturan 12 (1), saya mohon mencadangkan mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020; Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 serta Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.

“….serta usul Menteri Kewangan di nombor 11 hingga 14 seperti tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu, majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan,” katanya.

Usul itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

- Bernama

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Sidang Dewan Rakyat ditangguh, ini RUU yang diluluskan pada sidang kali ini

Disember 17, 2020 17:43 MYT
Sidang Dewan Rakyat ditangguh, ini RUU yang diluluskan pada sidang kali ini

RUU Perbekalan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk bacaan kali ketiga, dan diluluskan di Dewan Rakyat dengan undian belah bahagian. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan lima lagi Rang Undang-Undang (RUU) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang menutup tirai hari ini.
Antara RUU tersebut termasuk RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2020.


Selain itu, turut diluluskan adalah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2020; Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 serta RUU Koperasi (Pindaan) 2020.
Pada Rabu, empat RUU diluluskan, sementara pada Selasa menyaksikan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 bacaan kali ketiga turut mendapat kelulusan di Dewan Rakyat, dengan undian belah bahagian.

Ia menjadikan secara keseluruhan 10 RUU diluluskan pada persidangan kali ini.

Dalam perkembangan sama, bacaan kali kedua dan ketiga bagi lima lagi RUU, ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan datang.

RUU berkenaan adalah Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 dan Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020.

Turut ditangguhkan adalah Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 29 hari sejak 2 November lalu.

Berikut senarai RUU yang diluluskan:
- Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan)
- Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Kewangan 2020
- Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020
- Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan mencecah RM322.5 bilion itu, dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lalu, sebelum dibahaskan 82 Ahli Parlimen di peringkat dasar selama dua minggu.

Sidang Dewan Rakyat penuh 'aksi' labuh tirai
4d6ef03376dfa00556924081f1a9f2915f0ba49f7e671.jpg


18/12/2020 07:22 AM


KUALA LUMPUR, 18 Dis -- Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 melabuhkan tirainya semalam, dengan minggu terakhir menyaksikan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan Dewan Rakyat, meskipun berdepan pelbagai halangan.

Belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan mencecah RM322.5 bilion itu, dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lalu, sebelum dibahaskan 82 Ahli Parlimen di peringkat dasar selama dua minggu.

Ketika sesi perbahasan itu, beberapa tuntutan dibuat blok penyokong kerajaan dan pembangkang sebagai syarat belanjawan itu disokong dan diluluskan, khususnya mengenai pengeluaran ‘one-off’ Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman, bagi membantu rakyat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Mendengar cadangan-cadangan dilontarkan Ahli Parlimen Tengku Zafrul pada sesi penggulungan kementerian itu mengumumkan, beberapa berita baik antaranya program i-Sinar yang membenarkan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP dibuka kepada semua lapan juta pencarum.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu kemudian diluluskan di peringkat dasar dengan suara majoriti, selepas permohonan beberapa Ahli Parlimen pembangkang untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 Ahli Parlimen yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.

Di peringkat jawatankuasa, sembilan daripada 27 kementerian melalui proses undi belah bahagian sebelum diluluskan.
Pada peringkat jawatankuasa itu juga, kerajaan turut mengusulkan pengurangan peruntukan bagi perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), berjumlah RM45 juta daripada RM81.5 juta seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021. Kerajaan telah menjenamakan semula Jasa sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Dengan keabsahan kerajaan PN terus dipersoalkan, setiap undi dilihat penting sekali gus menyaksikan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), hadir ke sidang dewan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.
Persidangan turut meluluskan sembilan rang undang-undang lain iaitu Kewangan 2020; Kastam (Pindaan) 2020; Eksais (Pindaan) 2020; Zon Bebas (Pindaan) 2020; Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020; Cukai Jualan (Pindaan) 2020; Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; Cukai Pelancongan (PIndaan) 2020 dan Koperasi (Pindaan) 2020.

Dalam pada itu, persidangan dewan kali ini berlangsung dalam normal baharu apabila hanya 80 Ahli Parlimen - 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas dibenar menghadiri persidangan, namun kesemua Ahli Parlimen boleh memasuki dewan ketika sesi pengundian.

Masa persidangan harian juga dihadkan berbanding kebiasaannya yang berakhir pada 5.30 petang, selain Ahli Parlimen dan petugas diarah menjalani ujian COVID-19 setiap dua minggu sekali, sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, seperti kebiasaan sidang dewan tidak terlepas dengan insiden kekecohan yang menyaksikan RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dewan, manakala Lim Lip Eng (PH-Kepong) digantung lima hari selepas tidak mengendahkan arahan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini susulan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ‘takut mati’, kerana tidak turun padang meninjau situasi COVID-19 di Sabah yang mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen.
-- BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register