Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November 2020

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Harian Metro
53m ·
#KualaLumpur Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November.
https://www.hmetro.com.my/…/10-rang-undang-undang-diluluskan

10 Rang Undang-undang diluluskan


GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.
BERNAMA

HUKUMAN lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara dua perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam.

Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui tiga rang undang-undang (RUU) berkaitan mahkamah iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020; Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 dan Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020.

Selain empat RUU, persidangan selama 25 hari itu turut menyaksikan enam lagi diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.

Turut diluluskan tiga RUU berkaitan pandemik Covid-19 iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.

Persidangan pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ini juga secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap blok PN apabila dua usul yang dibuat menerusi undi belah bahagian memihak kepada mereka.

Undi belah bahagian itu ialah untuk Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 dan usul Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya yang dibawa oleh Muhyiddin.

Selain kelulusan RUU, persidangan kali ini turut menyaksikan dua rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua ditarik balik.

RUU itu ialah Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan Perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.

Selain itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, yang dijadual dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan kali ini, ditangguh ke persidangan akan datang.

Turut dibawa ke persidangan akan datang ialah Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.

Seiring pertukaran kerajaan, persidangan kali ini turut menyaksikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10.

Persidangan kali ini turut melakar sejarah apabila buat pertama kali melantik seorang wanita sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Persidangan dewan kali ini ditutup dengan pemilihan Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Antara isu menarik dibangkitkan Ahli Parlimen pada minggu terakhir bersidang ialah isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar perintah kuarantin wajib setelah pulang dari Turki, selain isu rundingan terus 101 projek di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Berlangsung ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, prosedur operasi standard (SOP) tertentu turut diaktifkan di dalam Dewan Rakyat bagi mengekang Covid-19 termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan satu meter, selain penghadang cermin diletakkan antara tempat duduk Ahli Parlimen.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 8:24 AM

 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
BERNAMA
18j ·

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang dijadual berlangsung pada sidang Dewan Rakyat hari ini, ditangguh ke persidangan akan datang.

Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said selepas sesi pergulungan usul mengenai Akta Cukai Jualan 2018 oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 ditangguh sidang akan datang
4972322fdb39fa9e027df45eb8c0e0a75f0d9d1316019.jpg


27/08/2020 05:21 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang dijadual berlangsung pada sidang Dewan Rakyat hari ini, ditangguh ke persidangan akan datang.

Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said selepas sesi pergulungan usul mengenai Akta Cukai Jualan 2018 oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 62, DR 12/2020 seperti yang tertera di nombor lima dalam aturan mesyuarat dan usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga, dan dibawa ke mesyuarat akan datang,” katanya.


Semalam, RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Ismail.

RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya bebas dan mempertingkatkan integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan keyakinan orang awam terhadap pasukan polis.
-- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Kerajaan tarik balik RUU had Perdana Menteri untuk dua penggal

Ogos 26, 2020 14:11 MYT
Kerajaan tarik balik RUU had Perdana Menteri untuk dua penggal

Takiyuddin Hassan bagaimanapun, tidak menjelaskan sebab utama mengapa RUU itu ditarik semula. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang yang mencadangkan seorang Ahli Dewan Rakyat tidak boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal telah ditarik balik sewaktu persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan ketika bangun memohon penarikan itu, menjelaskan, tindakan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Namun Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan sebab utama mengapa RUU itu ditarik semula.

"Saya bangun untuk memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik DR 42/2019 Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019 dan DR 25/2019 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 seperti yang tertera di nombor enam dan tujuh aturan urusan mesyuarat hari ini," katanya.

Media melaporkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 itu telah dibentangkan oleh Menteri Undang-undang ketika itu, Datuk Liew Vui Keong untuk bacaan kali pertama pada 3 Disember tahun lalu.

Ia bertujuan untuk menggantikan perenggan (a) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika dia pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.
Selain itu, Takiyuddin juga memohon penarikan semula Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019, yang sepatutnya melalui bacaan kali kedua pada penggal ini.

Ia telah digantikan dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 untuk bacaan kali pertama pada Rabu.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Hanya 15 agensi media dibenarkan membuat liputan mesyuarat dan pembentangan Belanjawan 2021 mulai 2 Nov hingga 23 Dis ini.

Dewan Rakyat bersidang 34 hari mulai 2 Nov, Belanjawan 2021 dibentang 6 Nov




October 16, 2020 5:43 PM


PARLIMEN-DEWAN-RAKYAT-AHLI-PARLIMEN-021.jpg

Kakitangan agensi media yang dibenarkan membuat liputan di dalam Parlimen itu wajib menjalani swab Covid-19 pada 30 Okt dan menyerahkan keputusan ujian itu kepada petugas Parlimen pada 2 Nov.

PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan bersidang semula selama 24 hari mulai 2 Nov hingga 23 Dis ini, dengan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 4 petang 6 Nov.
Bagaimanapun, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Rakyat, Mohd Nor Aswadi Md Nor berkata, hanya beberapa agensi media dibenarkan membuat liputan sepanjang mesyuarat dan pembentangan Belanjawan 2021 dalam usaha membendung penularan Covid-19 dan mematuhi SOP ditetapkan.

Sebanyak 15 agensi media dibenarkan memasuki kawasan Parlimen untuk membuat liputan, iaitu RTM, Bernama, Al-Hijrah, TV3, New Straits Times, Berita Harian, Astro Awani, Utusan, Sinar Harian, The Star, The Sun, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban and saluran televisyen Singapura, Channel News Asia.

Tiada agensi media atas talian yang disenaraikan dalam senarai itu.


Aswadi berkata, kakitangan agensi media yang dibenarkan membuat liputan itu wajib menjalani swab Covid-19 pada 30 Okt dan menyerahkan keputusan ujian itu kepada petugas Parlimen pada 2 Nov.
“Ujian swab hendaklah dilakukan di hospital atau klinik yang diiktiraf KKM dan ditanggung agensi media masing-masing. Hanya petugas media yang mempunyai keputusan negatif saja dibenarkan masuk ke Kompleks Parlimen.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
#NSTnation Dewan Rakyat Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun said the legal scheme as contained in the Federal Constitution related to the Dewan Rakyat also concludes to physical proceedings being held.

Speaker: Dewan Rakyat sitting cannot be held virtually

October 23, 2020 @ 2:30pm
HQ13072020MS056_1603434629.jpg

Dewan Rakyat Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun said the legal scheme as contained in the Federal Constitution related to the Dewan Rakyat also concludes to physical proceedings being held. -- NSTP File Pix

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat proceedings cannot be conducted via a virtual platform.

This as the Yang di-Pertuan Agong's proclamation provides for its proceedings to be held in the Parliament building.

Dewan Rakyat Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun said the legal scheme as contained in the Federal Constitution related to the Dewan Rakyat also concludes to physical proceedings being held.

"It has been repeatedly said that it is not possible to hold (sittings) virtually. At (the beginning of) each annual meeting, there will be a proclamation from the Yang di-Pertuan Agong and for this year's meeting, the proclamation was made in December last year.



"Based on the proclamation, the proceedings is to be held in the Parliament building. It is tough to do it virtually because of the many rules and regulations that needs to be amended.

"If we look at the rules (involving) the meeting, the scheme is only meant for a physical meeting, the Speaker determines the seat of the (Member of Parliament), if there is a need to intervene, you have to ask for permission (from the Speaker) and more (regulations). That is our law, "he said when contacted by Berita Harian.

He was commenting on the calls made by various parties, specifically health experts who urged that the upcoming sitting of the Dewan Rakyat be held virtually to avoid the risk of Covid-19 transmission.

Azhar said, though many parties had stated that the Parliament sitting could be done virtually as was implemented by Australia, in fact such a move was difficult to be implemented.

He explained that based on checks involving virtual conference conducted by Australia, a virtual Member of Parliament there is not counted in as a quorum , cannot intervene and if he wants to speak, a 15-minute notice must be given in advance and he/she is also not allowed to vote.

"Compared to the sitting in our country, based on Article 62 (5) of the Federal Constitution which involves Parliament procedure, members (of Parliament) who are not present in a Parliamentary Assembly, are not allowed to vote.

"That is why I say, the current legal scheme, leads to (the sitting) be conducted in a physical manner," he said.

Commenting on the number of media personnel being limited this time around to cover Parliament proceedings, Azhar said there was no intention to restrict freedom of press, but strict measures needed to be taken to ensure that Parliament is free from the Covid-19 transmission.

"I understand and it is not my intention to limit the number of media (personnel), but at this time everyone needs to make a sacrifice. Not that I want to restrain (media presence). If I am really strict, no media will be allowed to cover except official media. I try to do my best.

"Even Members of Parliament, Parliamentary and ministry personnel have to go through very strict screening. All had to undergo a Covid-19 screening test. Members of Parliament from Sabah need to undergo quarantine first and are not allowed to return (to Sabah) during the meeting period," he said.

The Third Meeting of the Third Term of the 14th Dewan Rakyat session will run from Nov 2 to Dec 15. The highlight of the meeting is expected to be the 2021 Budget which will be tabled on Nov 6.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Nor Azizuddin Abdul Manan

3j ·

Politik | Berikut merupakan Usul-Usul yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat yang akan bermula pada 2 November 2020 sehingga 15 Disember 2020 ;

𝙐𝙨𝙪𝙡 𝙐𝙣𝙙𝙞 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙋𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙔𝘼𝘽 𝙋𝙈 (𝙋𝙖𝙜𝙤𝙝) :
YB Kubang Pasu (BEBAS) - Urutan Usul No. 19
YB Langkawi (BEBAS) - Urutan Usul No. 21
YB Jerlun (BEBAS) - Urutan Usul No. 22
YB Simp. Renggam (BEBAS) - Urutan Usul No. 23
YB Sepanggar (WARISAN) - Urutan Usul No. 25
YB Shah Alam (AMANAH) - Urutan Usul No. 26
YB Kota Belud (WARISAN) - Urutan Usul No. 27
YB Penampang (WARISAN) - Urutan Usul No. 28
YB Kepong (DAP) - Urutan Usul No. 29
YB Sepang (AMANAH) - Urutan Usul No. 30
YB Lahad Datu (WARISAN) - Urutan Usul No. 31
YB Papar (WARISAN) - Urutan Usul No. 32
YB Semporna (WARISAN) - Urutan Usul No. 33
YB Kalabakan (WARISAN) - Urutan Usul No. 34
YB Tawau (PKR) - Urutan Usul No. 35
YB Lumut (AMANAH) - Urutan Usul No. 36
YB Kota Raja (AMANAH) - Urutan Usul No. 37
YB Parit Buntar (AMANAH) - Urutan Usul No. 38
YB Kuala Selangor (AMANAH) - Urutan Usul No. 39
YB Temerloh (AMANAH) - Urutan Usul No. 40
YB Tampin (AMANAH) - Urutan Usul No. 41
YB Pokok Sena (AMANAH) - Urutan Usul No. 42
YB Hulu Langat (AMANAH) - Urutan Usul No. 43
YB Pulai (AMANAH) - Urutan Usul No. 44
YB Seri Gading (BEBAS) - Urutan Usul No. 45

𝙐𝙨𝙪𝙡 𝙐𝙣𝙙𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙔𝘼𝘽 𝙋𝙈 (𝙋𝙖𝙜𝙤𝙝) :
YB Pasir Puteh (PAS) - Urutan Usul No. 20
YB Arau (UMNO) - Urutan Usul No. 46

𝙐𝙨𝙪𝙡-𝙐𝙨𝙪𝙡 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙀𝙠𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 :
YB Sik (PAS) - Urutan Usul No. 5
YB Pasir Mas (PAS) - Urutan Usul No. 12
YB Arau (UMNO) - Urutan Usul No. 47, 48, 49, 50, 54 dan 56
YB Bagan (DAP) - Urutan Usul No. 64

𝙐𝙨𝙪𝙡-𝙐𝙨𝙪𝙡 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙖𝙣𝙙𝙚𝙢𝙞𝙠 𝘾𝙤𝙫𝙞𝙙𝟭𝟵 :
YB Setiu (PAS) - Urutan Usul No. 10
YB Dungun (PAS) - Urutan Usul No. 13
YB Arau (UMNO) - Urutan Usul No. 61

𝙐𝙨𝙪𝙡-𝙐𝙨𝙪𝙡 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙖𝙢 𝙎𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧, 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙞𝙖𝙣, 𝘼𝙞𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 𝘼𝙨𝙡𝙞 :
YB Kemaman (PAS) - Urutan Usul No. 8 dan 9
YB Arau (UMNO) - Urutan Usul No. 51 dan 52

𝙐𝙨𝙪𝙡-𝙐𝙨𝙪𝙡 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖, 𝙅𝙚𝙣𝙖𝙮𝙖𝙝, 𝙃𝙖𝙡 𝙀𝙝𝙬𝙖𝙡 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡 :
YB Jerai (PAS) - Urutan Usul No. 6 dan 7
YB Bachok (PAS) - Urutan Usul No. 11
YB Pasir Puteh (PAS) - Urutan Usul No. 14
YB Kuala Krai (PAS) - Urutan Usul No. 15
YB Tuaran (UPKO) - Urutan Usul No. 16
YB Bukit Bintang (DAP) - Urutan Usul No. 17 dan 18
YB Arau (UMNO) - Urutan Usul No. 53, 55, 57, 58, 59, 60, 62 dan 63

Selamat Berbahas kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.

Nota : Lihatlah siapa yang sebenarnya yang banyak politiking
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,112
Reaction score
1,992
Points
206
Katakan usul tak percaya berlaku dan majoriti menolak muhyiddin.
Apa yg akan berlaku seterusnya?
Mencari pm baru (xde sapa yg majoriti pada aku)?
Pru akan berlaku?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Katakan usul tak percaya berlaku dan majoriti menolak muhyiddin.
Apa yg akan berlaku seterusnya?
Mencari pm baru (xde sapa yg majoriti pada aku)?
Pru akan berlaku?
tn akecema, samada TSMY dengan sukarela hati letak jawatan, ataupun TSMY mengadap YDPA utk cadangan pembubaran
YDPA atas budibicara Baginda akan buat keputusan
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,112
Reaction score
1,992
Points
206
tn akecema, samada TSMY dengan sukarela hati letak jawatan, ataupun TSMY mengadap YDPA utk cadangan pembubaran
YDPA atas budibicara Baginda akan buat keputusan
Boleh ke muhyiddin request, die boleh letak jawatan asalkan ade calon pengganti beliau yg dikatekan ade majoriti?

Perlu ke buat usul percaya pulak kepada pengganti beliau tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register