BTC USD 61,182.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Perwakilan AS lulus AS$1 bilion biayai sistem pertahanan Israel

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
iron_dome_-_afp_1632470314.jpg


WASHINGTON: Ahli Parlimen Amerika Syarikat (AS) semalam mengundi untuk meluluskan dana AS$1 bilion bagi terus membiayai sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

Sebelum ini, peruntukan dana itu dikeluarkan daripada satu rang undang-undang berasingan, susulan bantahan daripada kumpulan berhaluan kiri dalam parti Demokrat.

Tindakan kumpulan progresif itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan ahli lain dalam kedua-dua parti Demokrat dan Republikan yang menyifatkan Israel sebagai antara sekutu AS yang paling penting.

Kedua-dua Ahli Kongres wanita Muslim yang pertama di AS, Rashida Tlaib serta Ilhan Omar, turut menyuarakan bantahan terhadap pendanaan itu melalui ciapan mereka, dengan menekankan tindakan Israel melanggar hak asasi manusia rakyat Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Namun, peruntukan dana itu diluluskan oleh Dewan Perwakilan dengan keputusan undi 420 menyokong berbanding sembilan menentang.

"Kelulusan rang undang-undang ini mencerminkan perpaduan kukuh dalam Kongres... untuk keselamatan Israel.

"Bantuan kepada Israel adalah sangat penting. Ini kerana keselamatan Israel amat mustahak untuk keselamatan AS," kata Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, dalam ucapannya.

Pegawai Israel dilaporkan mendakwa, Iron Dome telah memusnahkan ribuan peluru berpandu serta roket jarak dekat yang dilancarkan dari Gaza oleh pejuang Hamas.

Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres, Iron Dome mendapat sokongan AS sejak dilancarkan kira-kira sedekad lalu membabitkan dana AS$1.6 bilion.

Sementara itu Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua parti Demokrat dan Republikan atas komitmen mereka terhadap keselamatan Israel, serta 'tali persahabatan teguh' yang dihulurkan oleh rakyat AS.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, kemudian dalam perbualan telefon dengan rakan sejawat di Israel, Benny Gantz, telah membincangkan 'perkembangan serantau termasuk keperluan untuk menghentikan program nuklear Iran daripada terus maju,' menurut Pentagon dalam satu kenyataan.

"Gantz turut mengucapkan terima kasih kepada Austin atas sokongan berterusan pentadbiran AS dan Pentagon dalam proses melengkapi Israel untuk mempertahankan diri serta rakyatnya," kata Pentagon lagi. - AFP

 
Sponsored Post

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,116
Reaction score
231
Points
83
demi yahudi 2 parti bersatu, senang2 je yahudi dapat dana free.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register