BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Negara Lulus Usul Junjung Kasih Titah Diraja

combat13

Active+ Member
Messages
4,058
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,058
Reaction score
146
Points
33
b2ed803e15d0177c98ac882e6c923d7e67d2c2f361d9f

Dewan Negara

Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Usul itu diluluskan majoriti ahli Dewan Negara yang bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama lima hari mulai 3 Mac lepas, disusuli dengan sesi penggulungan oleh 28 kementerian terlibat.

Antara isu yang dibangkitkan semasa sesi perbahasan adalah berkaitan perpaduan, sekolah vernakular, kecederdasan buatan (AI), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta beras campur.

Pada 3 Feb lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan akan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024, dan kemudian disusuli sesi perbahasan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Rabu (19 Mac).

 
Back
Top
Log in Register