BTC USD 26,814.3 Gold USD 1,956.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Detik Cemas Rakaman Kedai Kopi Bergegar Di Bedil Peluru Berpandu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
29.10.2022 - Global, Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memasuki hari ke-247 dan negara itu mengalami kerugian infrastruktur yang besar. Berjuta-juta rakyat Ukraine terkesan akibat perang dan menjalani kehidupan sebagai pelarian. Menurut laporan Guardian, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Rusia melancarkan lebih 8,000 serangan udara dan menembak 4,500 peluru berpandu. Serangan peluru berpandu dan dron itu merosakkan rangkaian elektrik Ukraine, menyebabkan bekalan elektrik terputus secara meluas sejak dua minggu lalu.

Satu insiden serangan peluru berpandu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai kopi dan video itu tular di media sosial. Menerusi video itu, seorang pekerja kedai dilihat sedang memproses pesanan pelanggan sebelum satu serangan peluru berpandu jatuh hanya beberapa meter dari premis berkenaan. Dentuman kuat kedengaran daripada rakaman itu yang turut menunjukkan kekuatan serangan senjata tersebut hingga menggegarkan kedai dan mengakibatkan sebahagian barang jatuh dari rak. Pekerja wanita dan pelanggan tersebut juga dilihat meninggalkan premis berkenaan dengan segera untuk menyelamatkan diri. Kelihatan juga pekerja terbabit sempat berpatah balik mengambil barang di sebelah mesin juruwang sebelum keluar dari premis.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan Rusia menggerakkan 300,000 anggota simpanan dalam masa lebih sebulan untuk menyertai serangan Moscow di Ukraine, kata seorang pegawai tinggi pada Jumaat. Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan pengerahan sebahagian tentera simpanan bulan lalu untuk menyokong anggota di Ukraine, yang menyaksikan Rusia mengalami kekalahan baru-baru ini.

“Tugas merekrut 300,000 anggota simpanan selesai,” kata Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu, dalam pertemuan dengan Putin yang disiarkan di televisyen.

Shoigu menambah, tiada anggota tentera tambahan digerakkan namun proses merekrut sukarelawan dan anggota tentera di bawah kontrak masih berjalan. Katanya, 82,000 orang digerakkan berada ke Ukraine dengan 41,000 daripada mereka dikerahkan ke unit tentera.​


 
Sponsored Post

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
6,636
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,636
Reaction score
2,806
Points
211
Awards
1
Sebab tu kalau diberi pilihan berperang, saya lebih cenderung kepada 'perang poster', 'perang mulut' ataupun 'perang harga'.

Kalau dah jadi macam ni, tengah 'membuang' dalam jamban pun tak selesa.

Itu belum masuk situasi jamban tetiba takde air lagi....jenuh ooooo...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
44,461
Top Poster #8
Joined
Jul 1, 2008
Messages
44,461
Reaction score
5,034
Points
481
Awards
1
Sebab tu kalau diberi pilihan berperang, saya lebih cenderung kepada 'perang poster', 'perang mulut' ataupun 'perang harga'.

Kalau dah jadi macam ni, tengah 'membuang' dalam jamban pun tak selesa.

Itu belum masuk situasi jamban tetiba takde air lagi....jenuh ooooo...

sana utiliti da kene bom.. elektrik da x de
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,589
Points
251
Awards
1
Sebab tu kalau diberi pilihan berperang, saya lebih cenderung kepada 'perang poster', 'perang mulut' ataupun 'perang harga'.

Kalau dah jadi macam ni, tengah 'membuang' dalam jamban pun tak selesa.

Itu belum masuk situasi jamban tetiba takde air lagi....jenuh ooooo...

Kan
Jangan sampai menganggu kelangsungan hidup
 
Sponsored Post

Top
Log in Register