BTC USD 28,465.0 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Detik Cemas 4 Sekeluarga, SUV Di Pandu Jatuh Gaung

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
27.11.2022 - Kuala Lumpur, Empat sekeluarga cedera apabila pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Sungai Siput, Ipoh, Perak pada Ahad. Mangsa yang ketika itu menaiki kenderaan jenis Jeep Cherokee dalam perjalanan pulang selepas berkelah di perkampunga Orang Asli di Pos Kuala Mu di kawasan tersebut. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki cedera di muka dan kaki, seorang wanita mengalami sesak nafas sementara dua remaja perempuan mengalami kecederaan ringan. Anggota penyelamat menggunakan peralatan untuk membawa naik kesemua mangsa untuk diberi rawatan awal," katanya.

Kemalangan itu difahamkan berlaku ketika kenderaan yang dinaiki hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam ketika menuruni bukit. Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Siput, Perak untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara tiga yang lain dibawa bersama menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS). "Operasi tamat pada pukul 8.44 malam," katanya.​

1669563046222.png
 
Top
Log in Register