BTC USD 36,043.0 Gold USD 1,814.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Desas-desus PRU15 bertiup tak sampai seminggu selepas PRN Melaka

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Desas-desus PRU15 bertiup tak sampai seminggu selepas PRN Melaka
23 November 2021

1637626920326.png

Mohamad Hasan menyatakan bahawa PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat yang ketika ini dilihat memihak kepada gabungan tersebut dalam PRN Melaka. - Foto Bernama

BELUM seminggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tamat, desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya pilihan raya baharu sudah mula kedengaran.

Pilihan raya yang dibangkitkan ini bukanlah PRN Johor yang isunya timbul pada tempoh awal kempen PRN Melaka, tetapi sebaliknya ialah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan melibatkan keseluruhan negeri di Malaysia.

Isu mengenai kemungkinan tersebut mula dijadikan perhatian selepas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Ahad menyatakan bahawa PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat yang ketika ini dilihat memihak kepada gabungan tersebut dalam PRN Melaka.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa pandangan tersebut telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejurus selepas BN diumumkan memenangi PRN Melaka pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Isnin turut dilaporkan berkata, PRU15 wajar diadakan ekoran daripada momentum baik yang dimiliki oleh BN selepas berjaya memperoleh kemenangan mutlak dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun memaklumkan perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat lebih lanjut bersama dengan pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin memaklumkan bahawa partinya tidak akan mengambil langkah tergopoh-gapah dengan meminta supaya PRU15 diadakan segera.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, persoalan tersebut sepatutnya ditentukan oleh jemaah kabinet dan bukannya parti politik.

Bagaimanapun setakat Selasa, tiada sebarang komen yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi daripada Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, kerajaan persekutuan yang terdiri daripada BN, PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama gabungan terbesar pembangkang, PH.

Antara kandungan utama dalam MoU yang dimeterai di Parlimen pada September lalu adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Namun, isu mengenai ketahanan MoU tersebut untuk mengekalkan kestabilan politik negara dilihat masih tidak menentu apabila ada pihak beberapa kali mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula perjanjian tersebut ekoran daripada beberapa tindakan dilakukan kerajaan.

Tentunya, persoalan untuk mengadakan PRU15 tidak seharusnya hanya bergantung kepada faktor kebolehan sesebuah parti untuk memenangi pilihan raya tersebut kerana perlu diingatkan bahawa negara masih lagi belum sepenuhnya pulih daripada penularan Covid-19.

Ini kerana pada Isnin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran bahawa kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital semakin meningkat.

Justeru, adalah penting supaya kerajaan dan juga parti politik untuk memikirkan semasak-masaknya langkah yang bakal diambil mereka dan tidak hanya bersandarkan kepada perkiraan politik tetapi juga mengambil kira nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kemenangan cemerlang BN membuktikan mereka mampu mencipta kejayaan tanpa perlu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

BN menurutnya boleh bergerak solo

Strategi BN Melaka boleh jadi model PRU-15 – Nur Jazlan​

22 November 2021

MGF24012018_MAJLIS-KESYUKURAN-JABATAN-SUKARELAWAN-MALAYSIA-RELA10.jpg

Nur Jazlan Mohamed

JOHOR BAHRU- Keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan satu langkah tepat dan boleh dijadikan model untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kemenangan cemerlang BN membuktikan mereka mampu mencipta kejayaan tanpa perlu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Malahan langkah UMNO meletakkan ramai calon muda memberikan keyakinan kepada rakyat untuk kembali memilih BN sebagai kerajaan negeri.

Strategi BN, katanya, bertanding secara solo dan penampilan ramai calon dalam kalangan pemimpin muda adalah satu formula terbaik untuk mencorakkan suasana politik baharu serta segar.

“Pujian perlu diberikan kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berani mengambil risiko mengetengahkan calon muda untuk menawan hati pengundi.

“Terima kasih juga kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai Pengarah PRN Melaka dan keseluruhan jentera BN yang membantu kemenangan BN, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nur Jazlan juga membidas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berpandangan masih terlalu awal BN untuk memutuskan bergerak secara solo pada PRU-15.

Terdahulu, menurut Khairy, walaupun parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun BN perlu mengkaji lebih mendalam statistik 65 peratus pengundi yang keluar mengundi semalam sebelum memutuskan sama ada akan bergerak secara solo atau sebaliknya pada PRU-15 akan datang.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menambah, strategi dan formula itu boleh digunapakai pada PRU-15 kerana sudah terbukti mampu memberikan kejayaan besar kepada parti.

Katanya, pendekatan terbaru itu juga mungkin mampu mengimbangi kekurangan sokongan yang dihadapi MCA dan MIC pada PRU-14.
“Kita perlu kekalkan strategi terbaik ini. Bergerak solo tanpa perlu ada kerjasama dengan pakatan politik lain. Lebih ramai calon muda lagi bagus dan dalam masa sama kekalkan calon orang lama untuk mengimbangi sokongan.

“Rakyat percayakan tindakan menyegerakan dan peremajaan dalam parti seperti saya laungkan pada tahun 2008 sewaktu menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu,” katanya.-MalaysiaGazette

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Pas tidak akan gopoh minta PRU15 diadakan segera
| | 22 November 2021

1637627271635.png

Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU - Pas tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah meminta supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Sebaliknya, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, soal PRU15 itu akan ditentukan oleh Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

“Yang menentukan pilihan raya awal itu Kabinet bukan parti politik... biarlah PM (Perdana Menteri) tentukan bila tarikh sewajarnya bukannya mana-mana parti,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab di sini, pagi tadi.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Barisan Nasional (BN) supaya PRU15 diadakan awal.

Antara yang meminta PRU15 diadakan segera ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Hassan susulan kemenangan bergaya BH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. - Awani

https://www.sinarharian.com.my/arti...-minta-PRU15-diadakan-segera?utm_source=Sinar Harian&utm_medium=Sinar Harian&utm_campaign=Pas tidak akan gopoh minta PRU15 diadakan segera&fbclid=IwAR2mGtp_DtfZtaLr8Jq6c6DwlGq2PlhNAnuQ3weP_7aPl2gIzrJtcTrxh10
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
"Janganlah pula anggap bila saya kata buat PRU sebab kita baru menang pilihan raya (Melaka)," kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

1637627403519.png

'Segerakan PRU15 bukan untuk Umno tapi demi mandat rakyat'

Diterbitkan: Nov 23, 2021 8:08 AM

Saranan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan bukanlah untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada kestabilan kerajaan dan politik semasa.

"Janganlah pula anggap bila saya kata buat PRU sebab kita baru menang pilihan raya (Melaka), tapi ini sebab kita nak pulangkan mandat kepada rakyat.

"Demokrasi ialah mandat rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan petang tadi bahawa PAS tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah meminta supaya PRU15 diadakan segera selain menyatakan PRU15 ditentukan Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

Kelmarin, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau itu dilaporkan berkata wajar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

- Bernama

cariemas100

Active Member
Messages
1,288
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,288
Reaction score
435
Points
41

mohon umno bersama dengan pas utk bentuk kerajaan. baru kerajaan stabil.
 
mandat rakyat yg dilaungkan oleh ph, harap jgn la nak halang pru pulak.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Situasi PRN Melaka tidak sama seperti PRU15 yang melibatkan seluruh negara.

Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin

1637628901679.png

23 November 2021
.
Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin kemenangan besar dalam PRN Melaka boleh diterjemahkan dalam PRU15.

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melibatkan seluruh negara.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, PRN Melaka adalah situasi yang terasing kerana ia tidak dianggap terlalu penting bagi sesetengah pihak kerana keputusannya tidak menjejaskan kedudukan kerajaan di peringkat Pusat.

“Komposisi pengundi di Melaka serta pegangan dan budaya politik mereka adalah berbeza dengan pengundi di negeri-negeri lain. Kemenangan besar BN dalam PRN Melaka tidaklah boleh dikatakan sebagai kemenangan mutlak. Ini kerana peratusan undi popular BN sebenarnya tidak sebesar mana, begitu juga dengan undi majoriti ramai calon BN.

“Kemenangan besar BN dibantu oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, sedangkan dalam PRU, peratusan keluar mengundi lazimnya lebih tinggi kerana motivasi untuk keluar mengundi lebih besar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan pemimpin UMNO supaya PRU15 disegerakan susulan kemenangan besar BN pada PRN Melaka pada Sabtu lalu.

Selain itu, beliau berkata, mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat akan meningkatkan risiko untuk pandemik Covid-19 kembali menular.

Menurutnya, walaupun keadaan semasa pandemik sudah menurun tetapi ia boleh meningkat kembali jika terdapat kempen dan pengundian di seluruh negara.

“Agak sukar untuk memastikan kawalan ketat prosedur operasi standard (SOP) boleh dilaksanakan dalam kawasan yang amat luas berbanding kawasan sempit di Melaka.

“Jika pembubaran Parlimen dilakukan dalam tempoh terdekat, pihak yang mengusulkannya berhadapan dengan persepsi mengabaikan kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat untuk memenuhi kepentingan politik kepartian mereka semata-mata.

“Ini boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka ketika majoriti rakyat berpandangan bahawa keperluan untuk melangsungkan PRU15 dalam tempoh terdekat tidak begitu wujud. Ini kerana negara kini agak aman dan stabil dari sudut politik melalui pemeteraian MoU kerajaan dan pembangkang,” jelas beliau.

Katanya, dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 13 September lalu, antaranya menetapkan syarat tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

“Jika PH tidak melanggar mana- mana butiran perjanjian, maka amatlah tidak beretika untuk kerajaan melanggarnya dengan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022,” katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
Ikut lah
Buat je la PRU
Janji dapat kerajaan lebih stabil
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
dalam hidup ni aku banyak kali buat benda sebab over confident.. last2 tersungkur.

Betul
Terlalu yakin akan makan diri
Sendiri rugi
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register