Deretan Kereta Baru Untuk EXCO Kedah ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
24.11.2020 - Kuala Lumpur, Satu video tular hari ini di media sosial mengenai dakwaan deretan kereta-kereta baharu yang dibeli oleh kerajaan negeri Kedah. Video berdurasi 13 saat itu memaparkan dua deretan kereta Honda Accord yang diparkir. Menurut suara dalam video berkenaan, ia adalah kepunyaan barisan exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Cepat-cepat pilih nak yang mana? Cepat lah berderet-deret,” kata seorang lelaki yang mengambil video berkenaan.
“(Kereta) Exco ke ini?, soal rakannya.
“Hmmm (mengaku ini adalah kereta Exco),” jawab lelaki berkenaan.

Kesemua kereta itu mempunyai nombor pendaftaran ‘K’ yang mewakili negeri Kedah. Video itu dipaparkan dalam Facebook rasmi bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya. Abu Bakar dalam status video itu mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu. Katanya, langkah itu tidak perlu dilakukan tatkala rakyat negara ini sedang berdepan dengan tekanan ekonomi ekoran penukaran pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan hidup rakyat tertekan hilang sumber pendapatan kerana serangan covid19 kerajaan negeri keluarkan kereta baru. Apakah kereta yang lama dah tak boleh diguna pakai lagi?, soal beliau.

EXCO-KEDAH-ACCORD-G10.jpg



Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/24/deretan-kereta-baharu-untuk-exco-kedah/
 
Sponsored Post

midi2020

Active+ Member
Top Poster #5
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,835
Reaction score
115
Points
33
kalau betul la kerajaan negeri beli kereta baru yg mahal sedangkan kereta lama masih boleh pakai, memang tak peka dan sensitif langsung dengan penderitaan orang ramai musim covid ni..

tu bukan duit abah kau.. sepatutnya guna untuk kepentingan orang ramai.. bukan membazir macam ni..
hari tu, ada kerajaan negeri yg naikkan gaji adun.. sepatutnya tangguhkan dulu sebarang kenaikan gaji wakil rakyat dalam keadaan rakyat tengah susah ni..

-ada yg dibuang kerja
-yg kerja harian pendapatan merosot teruk
-bisnes pelbagai sektor merudum, bungkus, gulung tikar, pelanggan kurang sangat

orang biasa yg terkesan ni tak boleh buat apa, cuma mampu berdoa je..
semoga pemimpin yg membazir duit awam ni dapat balasan setimpal..
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,260
Reaction score
167
Points
83
tak sensitif langsung... cam haram
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,747
Reaction score
604
Points
81
Nak tgg pengesahan sanusi

Kot la dia nak saman sapa kali nie
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
May 29, 2008
Messages
12,068
Reaction score
2,633
Points
201
Dibeli untuk ketua jabatan di setiap daerah..
Okay la tu.. Include toyata hilux..

*update info*
 
Last edited:

Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,084
Reaction score
1,728
Points
141
wow.. malaysian gazette ni portal berita femes nih.
tapi level penyampaian mcm blog sampah je.

diorang ada journalist rasanya.. bukan cap ayam jalan2 cari berita.

tajuk bubuh tanda soal takut kene saman ke?
lepas tu video pun alahai.. budak2 youtube amik video pun lagi bagus.

kewartawanan zaman wechat ke caner ni?
video tiktok lagi best ;p
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,357
Reaction score
536
Points
121
kita tunggu sanusi buat PC. lepas tu baru kita komen
 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
271
Points
51
Showroom honda je tu
Bersangka baik
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,794
Reaction score
672
Points
171
bukan beli lah.. SEWA GUNA, lebih jimat...
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,611
Reaction score
500
Points
81
bukan beli lah.. SEWA GUNA, lebih jimat...
sewa guna lebih jimat?lupa ka kes spanco, setahun blasah ratuih juta maintenance reta gomen sj..spanco ni serikat milik keroni la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register