Dera pembantu rumah - Datin Rozita dipenjara 8 tahun

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,906
Reaction score
10,670
Points
1,896
Wanita mula jalani hukuman penjara 8 tahun kerana dera pembantu rumah

September 24, 2020 3:16 PM

Rozita-Mohd-Ali-bernama.jpg

Rozita Mohd Ali mengaku bersalah atas ntuduhan menyebabkan kecederaan terhadap pembantu rumahnya menggunakan pisau, mop, penyangkut pakaian, batang besi, alat mainan kucing, dan payung. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Seorang wanita hari ini mula menjalani tempoh pemenjaraan 8 tahun kerana mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas rayuannya kepada Mahkamah Rayuan gagal.
Rozita Mohd Ali, 46, diikat jamin sejak Mei 2018 dengan jaminan RM25,000 selepas tempoh pemenjaraannya digantung sementara menunggu kesnya selesai.

Barisan 3 hakim, dipengerusikan Kamaludin Md Said, hari ini mengisytiharkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman penjara itu adalah betul kerana itulah trend penghukuman semasa bagi kesalahan seperti itu.

“Terdapat juga kejadian di mana orang yang dituduh dipenjarakan sehingga 20 tahun mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya ketika menolak rayuan Rozita.

Kamaludin berkata keputusan Hakim Tun Majid Tun Hamzah mengenakan hukuman penjagaan (custodial) sebagai ganti kepada membebaskannya atas bon berkelakuan baik.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi diberi kuasa untuk menyemak kes itu selain menunggu pihak pendakwaan merayu perkara itu di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan pendakwaraya yang mahu menambah hukuman penjara Rozita.
Turut mendengar kes ini adalah Hakim Hadhariah Syed Ismail dan Nordin Hassan.

Rozita mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 15 Mac 2018 atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 19, Suyanti Sutrinso, menggunakan pisau, mop, penyangkut pakaian, batang besi, alat mainan kucing, dan payung, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 21 Jun 2016.

Video Suyanti, yang cedera teruk dan terbaring tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara, tular pada Disember 2016.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membebaskan Rozita atas bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan jaminan RM20,000.

Bagaimanapun perkembangan itu mengundang kemarahan orang ramai, yang melancarkan petisyen membantah hukuman itu dan berjaya menarik lebih 70,000 tandatangan.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Rozita manakala Timbalan Pendakwaraya Ku Hayati Ku Haron dan Nurul Farhana Khalid tampil bagi pihak pendakwaan.

Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,271
Reaction score
234
Points
88
Wanita mula jalani hukuman penjara 8 tahun kerana dera pembantu rumah

September 24, 2020 3:16 PM

View attachment 287865

Menyesal tak sudah,dah baik2 elok2 hidup senang,tak pasal2 duk dalam penjara 8 thn.Apa la dia rasa agaknya.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,906
Reaction score
10,670
Points
1,896
Haniff Khatri

20m ·

Siri : 2292

KES MAJIKAN CEDERAKAN "AMAH" YANG MENJADI PERHATIAN ORANGRAMAI !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 30.03.2018, saya telah menulis melalui Siri : 1348 di bawah tajuk "HAK MUTLAK UNTUK DIWAKILI PEGUAM DI SISI KONSEP KEADILAN JENAYAH !!", berkaitan satu kes yang telah secara salah menarik perhatian ramai, disebabkan kekurangan fakta sebenar yang telah didedahkan pada ketika itu.

2. Di dalam kes ini, majikan telah dituduh mengakibatkan kecederaan kepada seorang pembantu rumahnya dari Indonesia, dan setelah disabit kesalahan di atas pengakuan salah, majikan itu telah pada awalnya pada 15.03.2018 diberi HUKUMAN untuk dilepaskan di atas bon jaminan kelakuan baik berjumlah RM 20 ribu, untuk tempoh selama lima (5) tahun oleh MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM.

3. Di atas kewujudan maklumat terhad, namun didorong ketidakpuasan orangramai berkaitan HUKUMAN yang dikenakan oleh MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM itu, maka pihak MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM telah menggunapakai kuasa SEMAKAN di atas budibicara sendiri, walaupun pihak Pendakwaraya sudahpun failkan Notis Rayuan bagi tujuan memohon agar satu HUKUMAN yang lebih tinggi dikenakan untuk menggantikan bon jaminan kelakuan baik itu, dengan HUKUMAN PENJARA,

4. Pada 29.03.2018, MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM telah mengenepikan HUKUMAN bon jaminan kelakuan baik itu, dan menggantikannya dengan HUKUMAN PENJARA lapan (8) tahun, dan pada tarikh yang sama Permohonan kami, sebagai Peguam bagi pihak yang dituduh untuk menggantung akan pelaksanaan HUKUMAN PENJARA itu, sehingga RAYUAN dapat didengar oleh MAHKAMAH RAYUAN, juga telah ditolak.

5. Pada 30.05.2018, MAHKAMAH RAYUAN, yang akan medengar RAYUAN majikan terhadap keputusan MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM, telah terlebih dahulu TANGGUHKAN perjalanan hukuman Penjara, di atas beberapa syarat yang lazim, sehingga RAYUAN itu didengar.

6. Pada hari ini, Khamis 24.09.2020 di tahap Rayuan terakhir, MAHKAMAH RAYUAN telah mendengar HUJAHAN LISAN di atas HUJAHAN BERTULIS kedua-dua pihak dan memutuskan bahawa RAYUAN majikan terhadap HUKUMAN PENJARA 8 TAHUN telah DITOLAK, dan justeru mana majikan terbabit telah secara rasmi memulakan tempoh hukuman penjara itu mulai pada hari ini.
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,376
Reaction score
452
Points
91
Sia-sia laki ko pangkat datuk duit banyak tak boleh nak kawtim ke..
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,388
Reaction score
21,048
Points
1,671
bkn kebetulan eh 2 kes ni saing. klo baca tajuk je kt news ingat kes sebelah tu yg ke dalam
 
SyedAhmad

Freshie
Joined
Feb 9, 2020
Messages
27
Reaction score
10
Points
38
apa punya datin tue mengamok ye?

apa yang maid tue buat sampai dia mengamok?
 
Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
755
Reaction score
295
Points
41
dia mmg patut kena hukum berat, 8 tahun penjara walau mangsa masih hidup

tapi yg lagi satu tu aku tak faham, mangsa sampai meninggal dunia tp kenapa dilepaskan?

hairan bin ajaib..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register