Dera pembantu rumah - Datin Rozita dipenjara 8 tahun

CG Sponsors

halfwit

Active Member
Joined
Sep 14, 2009
Messages
1,018
Reaction score
144
Points
43
hakim wat happen?

Somebody gi terajang family dia, tengok dia nak bagi bond kelakuan baik tak.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,388
Reaction score
21,048
Points
1,671
Hukuman penjara Datin ditangguhkan
Dibebaskan dengan jaminan RM25,000

PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang suri rumah yang dikenakan hukuman penjara lapan tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya terhadap semakan didengar di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim membebaskan Rozita Mohamad Ali, 44, dengan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin serta beberapa syarat tambahan.

Kuorum berkenaan sebulat suara membenarkan permohonan wanita itu untuk menangguhkan hukuman penjara tersebut dan mengarahkan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan dan diperintah melapor diri ke balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Rozita merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Mac lalu yang mengetepikan bon jaminan berkelakuan baik yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan menggantikan dengan hukuman penjara lapan tahun.

Ketika di Mahkamah Sesyen, wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, setelah video mengenai kejadian itu telah menjadi tular dalam media sosial.

Rozita didakwa telah menyebabkan kecederaan parah menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih.

Wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh mangsa sama dalam kejadian yang didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

http://www.utusan.com.my/berita/mah...uri-rumah-ditangguhkan-1.681954#ixzz5GxZ5KvJr
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,869
Reaction score
2,043
Points
206
alhamdulillah
bolehlah rozita beraya dengan keluarga terchenta.
 
syahays

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2010
Messages
23,441
Reaction score
50
Points
120

menggila punya jahat majikan ni...~X(~X(~X(
 
sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
masih sempatlagi tertuduh buat rayuan.

nanti ada peluang terlepas terus ke ?
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,388
Reaction score
21,048
Points
1,671
merasa la jgk 2bulan dlm penjara
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,388
Reaction score
21,048
Points
1,671
Mahkamah benar Rozita pergi umrah

PUTRAJAYA - Seorang suri rumah yang sedang berhadapan dengan hukuman penjara lapan tahun kerana mengakibatkan kecederaan teruk kepada pembantu rumahnya, berjaya dalam permohonannya bagi mendapatkan akses sementara kepada pasportnya, bagi membolehkan belaiu mengerjakan umrah di Makkah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan membenarkan permohonan Rozita Mohamad Ali bagi mendapatkan kembali pasportnya.

Hakim Umi Kalthum yang mengetuai panel itu bagaimanapun mengenakan ikat jamin tambahan berjumlah RM5,000 dan mengarahkan Rozita mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 17 April.

Rozita, 45, menerusi peguamnya memohon supaya pasport antarabangsanya dikembalikan, bagi membolehkan beliau mengerjakan umrah dari 4 April sehingga 14 April.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron tidak membantah permohonan itu dan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin tambahan RM10,000 memandangkan Rozita telah disabit kesalahan.

Mac tahun lepas Rozita dibenarkan bebas dengan bon berkelakuan baik lima tahun dan ikat jamin RM20,000, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap dakwaan lebih ringan, yakni menyebabkan kecederaan teruk kepada pembantu rumahnya dari Indonesia yang berumur 19 tahun, Suyanti Sutrinso di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara pukul 7.00 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Jun 2016.

Beliau sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cubaan mmbunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, namun kemudiannya ia ditukar kepada mengakibatkan kecederaan teruk.

Kes itu kemudiannya disemak semula oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengenakan hukuman lapan tahun penjara selepas memutuskan bahawa bon lima tahun yang dikenakan tidak sesuai.

Beliau ditahan di penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan rayuannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun tahun lepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman dan membebaskan beliau dengan ikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman penjara. Mahkamah Rayuan juga mengarahkan beliau menyerahkan dokumen perjalanannya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/arti...hkamah-benarkan-rayuan-suri-rumah-pergi-umrah
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,388
Reaction score
21,048
Points
1,671
7 MAC: Rozita Mohd Ali bercakap kepada peguamnya, Luqman Mazlan, selepas prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini.

Sponsored Post
Top
Log in Register