Dera pembantu rumah - Datin Rozita dipenjara 8 tahun

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,050
Reaction score
1,571
Points
206

PETALING JAYA 22 Dis. – Seorang wanita bergelar Datin ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung seorang pembantu rumah yang dite*mukan di tepi longkang di Mutiara Damansara, di sini semalam dalam keadaan cedera dipercayai akibat didera majikannya.

Wanita berusia 43 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Perintah reman sehingga 28 Disember ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mazrah Mohamed mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan cedera oleh seorang pengawal keselamatan di Mutiara Damansara, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semalam.

Pengawal keselamatan itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada seorang wanita lain yang kemudian membawa mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa yang baru bekerja dua minggu sebagai pembantu rumah di situ masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suspek menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 10.30 malam tadi.

sumber - http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dera-pembantu-rumah-datin-direman-bantu-siasatan-1.423443

UPDATE DAAAAAAA

Datin dera pembantu rumah dijel bermula hari ini​
29 Mac 2018

SHAH ALAM - Perintah berkelakuan baik terhadap suri rumah yang menyebabkan kecederaan pembantu rumahnya ditukar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada lapan tahun penjara, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah terhadap Datin Rozita Mohamad Ali selepas membenarkan semakan kehakiman yang dibuat pihak pendakwaan.

Rozita juga terpaksa meringkuk di penjara bermula hari ini, selepas mahkamah menolak penangguhan perlaksanaan hukuman.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan Rozita menjalani bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada prosiding perbicaraan 18 Mac lalu, Rozita mengaku menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing dan penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata menyerang mangsa.

Rozita melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Jun 2016.

Pada 21 Disember 2016, Suyanti ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan.

Sebelum ini, satu petisyen telah ditandatangani lebih daripada 41,000 individu selepas sehari dilancarkan di laman web Change.org.

http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/datin-dera-pembantu-rumah-dijel-bermula-hari-ini-1.815703
UPDATE LAGI DAAAA.....SUMBER - http://www.utusan.com.my/berita/mah...epi-suri-rumah-dipenjara-lapan-tahun-1.637340

Bon kelakuan baik diketepi, suri rumah dipenjara lapan tahun


[ame]http://www.youtube.com/watch?v=g-hxZe-wzr0&feature=youtu.be[/ame]

SHAH ALAM 29 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Disember 2016.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah memutuskan demikian selepas mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 15 Mac lalu atas alasan hukuman bon tersebut adalah tidak wajar.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini setelah permohonan Rozita yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pada 15 Mac lalu, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 oleh mahkamah rendah tersebut selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, setelah video mengenai kejadian itu telah menjadi tular dalam media sosial.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan parah menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih.

Wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh mangsa sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Pertuduhan menyebabkan kecederaan parah itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. - UTUSAN ONLINE
 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,906
Reaction score
10,670
Points
1,896
teruk sangat kena dera ni. maid muda lagi baru 19 tahun, baru kerja 2 minggu
 

akundaktau

Legendary Member
Joined
Mar 6, 2013
Messages
10,917
Reaction score
227
Points
138
alamak...betul jahat punya datin...ingat punching bag ka maid tu
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
213
Points
128
datin masalah mental ni. kurang kasih sayang
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,157
Reaction score
220
Points
73
mmg kejam kalau majikan kaki pukul mcm ni.. jgn ingat hg tu datin, kebal dari undang2.
 

d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,174
Reaction score
866
Points
161
biarkn dia merasa.. muda lg amah ni.. huhu.. sian dia
 

John Nawi

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
5,069
Reaction score
146
Points
83
aku pnh dpt maid yg nk kena suruh baru buat kerja.. mmg hampeh.. tp x terfkir plak nk pukul.. hntr je balik tuko yg lain.. yg lawa sket..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register