Dengarnya... Sohaimi teringin beraksi di IB Oleh Normah Becok

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123


2010/11/19
PENANGAN lagu Kalau Berpacaran dendangan Sohaimi Mior Hassan dengan Ana Raffali dan Altimat memang tidak dapat dinafikan. Boleh katakan dari budak kecil sampai orang tua menghafal lagu yang 'catchy' itu. Cik Normah sendiri menyukai melodi dan liriknya yang bersahaja.

Bercerita pasal Sohaimi yang pernah mendapat jolokan Broery Marantika Malaysia, Cik Normah ada dengar rancangannya untuk mengadakan konsert di Istana Budaya (IB) tahun depan. Bukan sekadar cakap kosong saja ye sebab insan terdekatnya ada memaklumkan, kertas cadangan juga sudah disiapkan.
Cuma yang sedang diusahakan pelantun lagu Epilog Cinta dari Bromley adalah sokongan penaja kerana bukan mudah mahu menjayakan persembahan di pentas bertaraf antarabangsa itu apabila segenap aspek perlu diambil kira. Sudah tentu belanja besar diperlukan.
Sebelum ini pun ramai nama lain yang terpaksa memendamkan saja hasrat mereka untuk mengadakan konsert berikutan ketiadaan syarikat besar yang sudi tampil menyokong usaha sebegitu. Harap-harap impian peminat untuk mengikuti persembahan penyanyi yang popular awal 80-an itu menjadi kenyataan.

Kalau menyingkap semula pembabitannya di arena suara, Sohaimi memang bukan calang-calang penyanyi. Lagunya cukup membuai rasa termasuk Misteri Cinta malah boleh dikatakan sampai sekarang ramai yang masih mengikuti perkembangan serta menantikan kemunculan album barunya.

Cik Normah pun suka kalau syarikat gergasi kat luar sana tak berkira dalam membantu karyawan tempatan. Cik Normah rasa jualan tiket bagi persembahan Sohaimi ini bukan satu masalah kerana dia punya pengikut tersendiri, tambahan pula dengan populariti Kalau Berpacaran. Memang kena pada masanya!




http://www.youtube.com/watch?v=dzZsPLgd2XU&feature=related

:D:D:D
 
Top
Log in Register