BTC USD 27,689.8 Gold USD 1,976.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dengar nasihat mufti sebelum 'jihad' militan: Datuk Jamil Khir Baharom.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Umat Islam di negara ini patut mendengar nasihat mufti dan tokoh agama sebelum ini yang tidak membenarkan mereka terlibat dengan gerakan militan di luar negara kononnya atas dasar jihad.

Tiada fatwa baharu akan dikeluarkan berhubung perkara itu kerana rakyat sudah diberitahu bahawa sememangnya perkara ini tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

"Mana-mana individu yang kurang pasti mengenai konsep sebenar jihad perlu membuat rujukan dengan pihak berkuasa agama negeri atau pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan agihan bantuan peralatan sekolah sumbangan Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam menyarankan pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa rasmi seperti yang dibuat beberapa negara termasuk Arab Saudi mengharamkan rakyat mereka berjihad di negara bergolak khususnya Syria.

Menurut Ayob Khan, ini sebagai langkah membendung usaha merekrut militan ke negara terlibat, seperti yang cuba dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia melalui Facebook.

"Justeru, saya menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana gerakan yang kononnya berlandaskan jihad kerana masih tidak pasti hujung pangkal perjuangan mereka," tegas Jamil Khir.

Beliau menjelaskan umat Islam sebaliknya digalakkan membantu saudara seagama seperti di Palestin yang menjadi mangsa serangan rejim zionis.

"Umum memahami jihad hanya dalam konteks berperang tetapi ia sebenarnya merangkumi aspek lain termasuk menyumbangkan ubat-ubatan, pakaian serta dana bagi membina semula penempatan yang musnah," katanya.

Agihan kelengkapan persekolahan bernilai RM4.59 juta yang dilancarkan hari ini akan memanfaatkan secara keseluruhan lebih 20,000 pelajar.

http://www.malaysiakini.com/news/277617


8bc528937ff33e0f43a215c42cca2268.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register