BTC USD 16,941.4 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dengan sekeping kertas, masalah bunyi bising penyejuk CPU Intel boleh diselesaikan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,127
Points
661
Awards
1
220331-desibel-rh1-hero-750x375.jpg





Kalau anda beli CPU Intel masa ini, kebanyakannya akan hadir bersama-sama kipas penyejuk generasi baharu yang dipanggil Intel Laminar Cooler. Ada 3 jenis semuanya, bergantung kepada jenis CPU yang anda beli.


220331-desibel-rh1-01.jpg



Masalah yang seorang pengguna ini rimas sangat adalah penyejuk varian Intel Laminar RM1 agak bising. Dia perasan penyejuk varian RH1 yang disertakan dengan CPU Core i9 jauh lebih senyap dan dia membandingkan apa beza daripada segi rekaan antara RH1 dengan RM1.



220331-desibel-rh1-02.jpg


Dia mendapati yang RH1 ada satu kowl plastik yang mengelilingi kipas. Jadi, dia mereplikasikan kowl tersebut menggunakan sekeping kertas plastic dan memang ada perubahan dengan paras desibel kipas sewaktu operasi.

220331-desibel-rh1-03.jpg

Dengan mengubah saiz kowl, dia mencatatkan berapakah perbezaan paras desibel berbanding dengan saiz kowl 1” Berikut adalah hasilnya.



220331-desibel-level.jpg


Menurut jadual, kowl berukuran 1” menyebabkan paras desibel paling rendah dan ia meningkat seiring dengan ketebalan kowl. Bila tebal mencapai 3”, paras desibel yang terhasil adalah sama seperti tiada kowl.

Namun begitu, sungguhpun paras disebel terendah, prestasi penyejuk agak terjejas apabila dengan kowl 1”, suhu maksimum CPU naik 5° C berbanding tanpa kowl. Saiz kowl paling optimum adalah 1.7” apabila suhu maksimum tidak terjejas dan paras desibel berubah paling minimum.
https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2022/03/220331-desibel-rh1-hero.jpg
 

CG Sponsors




Top
Log in Register