BTC USD 58,651.6 Gold USD 2,583.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Denda menanti lelaki yang menceroboh gerabak wanita

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,971
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,971
Reaction score
6,425
Points
881
Awards
1
[VIDEO] Denda menanti lelaki ceroboh gerabak wanita

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan sedang merangka undang- undang termasuk mempertimbangkan hukuman denda terhadap lelaki yang menceroboh gerabak wanita.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada sebarang peruntukan berhubung perkara tersebut.

"Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini," katanya ketika sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Anthony berkata demikian mengulas mengenai insiden lelaki sengaja memasuki koc wanita yang ditawarkan oleh komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Transit Aliran Massa (MRT) serta Transit Aliran Ringan (LRT).

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka hukuman denda melibatkan lelaki yang menceroboh gerabak wanita. Gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka hukuman denda melibatkan lelaki yang menceroboh gerabak wanita. Gambar hiasan

Sebelum ini, Persatuan Wanita Unity Malaysia (Perwim) menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khas bagi membolehkan tindakan diambil terhadap lelaki yang menyalahgunakan koc tersebut.

Dalam pada itu, Anthony berkata, pemantauan secara berskala akan dilakukan oleh polis bantuan bagi memastikan tiada lagi berlaku pencerobohan di gerabak wanita.

"Kaum lelaki harus menghormatinya.

"Tujuan gerabak wanita adalah untuk keselamatan, keselesaan dan keyakinan penumpang wanita menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Pada perkembangan berbeza, Anthony berkata, laporan akhir nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.

"Beberapa hari lagi sebelum genap setahun insiden tersebut," katanya.

Pada 15 September 2023, laporan akhir nahas itu dijangka diselesaikan pada Ogos tahun ini selaras dengan standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.

Pada 17 Ogos tahun lalu, pesawat Beechcraft Model 390 Premier 1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.

Ia meragut 10 nyawa termasuk lapan penumpang dan krew di atas pesawat dan dua pengguna jalan raya.
 
Sponsored Post

Individu saran hapuskan koc ‘pink’, suruh tiru Qatar hanya wujud ruang keluarga dan lelaki - “Wanita sahaja ni idea benak”

Sabtu, 17 Ogos 2024 2:00 PM
PERDEBATAN mengenai penggunaan koc tren dilihat masih tidak mempunyai kesudahannya.

Masing-masing menegakkan hujah tersendiri lebih-lebih lagi apabila tularnya insiden 'pencerobohan' penumpang lelaki ke dalam koc berwarna merah jambu yang dikhususkan untuk wanita.

Terbaharu dalam satu ciapan di laman X, seorang pelayar tampil bersuara mengenai pandangannya dengan menganggap langkah mewujudkan koc wanita adalah idea yang sama sekali tidak praktikal.

"(Koc) Women only ni idea benak. Cukup dengan (koc) family dan men only.

"Yang perempuan sila travel satu coach dengan mereka yang bawa anak bini. Koc yang 'lelaki sahaja' perempuan tak boleh naik," tulisnya pada ciapan berkenaan.

Pelayar tersebut turut memuji idea mewujudkan koc famili dan koc lelaki (standard) yang dilaksanakan di Qatar, yang baginya wajar dicontohi oleh Malaysia.

Rapid KL Implementation of Women's Coach MRT Kajang line.—ONG SOON HIN/The StarReporter : TEH ATHIRA

Koc untuk wanita ditanda dengan warna merah jambu. -Gambar hiasan

"Qatar buat begini. Better idea dan pelaksanaan.

"Dan tak ramai lelaki pun, sebab yang ada cuma bapa-bapa orang... koc famili ramai perempuan.

"Kalau perempuan masuk dalam koc standard, memang segan habis sebab penuh sangat dengan lelaki," hujahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai buat tak nampak koc pink! Mujur ada abang rider, berani hambat lelaki keluar ruang khas wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk berjubah ceroboh koc wanita, buat aksi ‘terlampau’ dalam tren, “Saya nangis depan dia”

Sehingga kini ciapan pelayar tersebut meraih lebih 1,400 retweet.

Sementara itu, ruangan komen pula meriah dengan pandangan warga maya yang memberikan reaksi bercampur, dengan ada yang bersetuju sekiranya idea sama dilaksanakan di negara ini.

Bagi mereka, idea ini bukan sahaja dapat melindungi keselamatan wanita, malah lebih adil kerana hampir kebanyakan tempat duduk didominasi wanita biarpun mereka mempunyai koc khusus.

Orang hendak prioritize safety perempuan yang balik kerja malam, idea kau pulak prioritize lelaki... sebab kena berdiri. Manja!

NETIZEN

"Saya setuju. Kalau pergi kedai makan Arab especially Arab yang ambil kisah hal agama ni, diorang akan separate men only and family only... so yang ladies akan makan sekali dekat family side.

"Saya rasa okay je pembahagian coach macam ni. Perempuan masih rasa selamat masuk coach family walaupun single.

"Bukan nak menafikan keselamatan perempuan. Tapi lagi bagus practice macam ni. Campurkan wanita dan keluarga. Bukan saperate perempuan saja," komen netizen.

Namun, sebahagian yang lain pula memberikan pendapat sebaliknya malah menyifatkan ia tidak praktikal untuk diaplikasikan di negara ini.

KOMEN KOC

Pelbagai reaksi netizen terhadap pandangan individu berkenaan.

"Tidak bijak langsung. Family di Malaysia bawa kereta... penumpang perempuan yang bekerja dan naik train di Malaysia sangat ramai.

"Orang hendak prioritize safety perempuan yang balik kerja malam, idea kau pulak prioritize lelaki... sebab kena berdiri. Manja!

"Jarang gila nak jumpa family commute daily guna train, weekend je baru nampak. Daily memang individual, working class with group of school students sikit.

"Benda elok dekat negara lain, tak semestinya elok dekat negara kita," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register