Denda maksimum RM300 tidak pakai tali pinggang, topi keledar

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi dekat sini hari ini.

Beliau berkata, sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu ‘mini lab’ penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan. Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu, kempen bersepadu yang bertemakan ‘Buckle Up, It Is The Law’ dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun lalu, rakyat Malaysia dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. - Bernama
 
Sponsored Post

serai

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
6,019
Reaction score
12
Points
65
RM 300 banyak gk tuh..cmne la kne yg pakcik2 kne lame2 yg tali pinggang keledar pon x leh pakai
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Betul laaa undang2 tu tp penguatkuasa slalunya ramai yg salah guna kuasa hanya manakut2kan org ramai dan bukan mendidik org ramai.Mrka tahu nak denda dan kompaun aje krn ada kuasa. Lepas tu pilih bulu pulak tu
 

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
RM 300 banyak gk tuh..cmne la kne yg pakcik2 kne lame2 yg tali pinggang keledar pon x leh pakai
bleh punya .... kalau xleh pakai topi keledar, soh pakai serban ke ...
 

zairul

Active Member
Joined
Dec 28, 2005
Messages
1,378
Reaction score
6
Points
25
off topik kjap <<< kalo kna saman lesen mati rse2 bape kna? aku baru kna, padahal baru 5 ari jerk mati.... cipet tol jpj :(( <<< tgk kt surat srh pgi court plak :-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register