BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demonstrasi bantah kenaikan harga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan.

Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/demonstrasi-bantah-kenaikan-harga-1.233127
 
Ade ke yang puas ati barang naik... tokey kilang pun tolak kalo barang naik...
 
buat bantahan agar rakyat yg tertindas dek kerana kenaikan kos sara hidup..
baru kerajaan peka dan dgr rintihan rakyat...
 
Back
Top
Log in Register