BTC USD 38,823.7 Gold USD 1,824.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demokrasi kepala lembu bukan didalangi Umno: MB

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui demonstrasi membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Ogos lalu bukan didalangi Umno.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar peserta demonstrasi itu disertai penyokong Umno tetapi ia tidak mewakili atau melambangkang parti itu, sebaliknya ia tindakan individu.

Katanya, kerajaan negeri tidak boleh mengulas lanjut kejadian itu kerana mereka yang terbabit dengan insiden berkenaan telah didakwa di mahkamah.

Beliau menjawab soalan soalan tambahan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang meminta menjelasan siapa yang dimaksudkan terbabit dalam demonstrasi itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang bertanyakan apakah usaha yang diambil kerajaan negeri bagi mengelak kejadian itu berulang, Abdul Khalid berkata,kerajaan negeri berjaya menanggani insiden itu secara matang dan mengelak berlaku kejadian lebih buruk.

Beliau secara sinis menggangap soalan Yap sebagai "pelik" dan meminta Yap "cermin diri" dan mendakwa kejadian demonstrasi itu disebabkan kegagalan kerajaan terdahulu menyelesaikan isu berkenaan.

"Cermin diri dulu sebelum buat soalan. Usaha ini telah lama dibangkitkan dan bukannya perkara baru," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109130203/Article/index_html
 
Sponsored Post

yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,668
Reaction score
42
Points
40
hahhaaaa........ aper nak cite...

kebenaran telah terbukti....

sesapa yang wat kenyataan FITNAH tue... maka berdosa besar lah anda........
 
alkbar

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
yg penting diaorg dh gunakan perkataan "take beeer" bg mgantikan takbir.diaorg akan jawab sendiri dgn Allah nanti.
 
shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,046
Reaction score
244
Points
133
Isu kepala lembu: MB tempelak ADUN BN

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim menempelak ADUN Sungai Pelek kerana kelihatan seolah-olah tidak mengetahui siapakah pihak yang bertanggungjawab mengadakan 'demonstrasi kepala lembu' akhir Ogos lalu.

Khalid bagaimanapun enggan menamakan "mereka" yang dikatakan terlibat di belakang peserta demonstrasi berkenaan, berpunca daripada isu pemindahan sebuah kuil di Shah Alam.

Menjawab soalan lisan ADUN BN tersebut, Yap Eee Wah mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan insiden demonstrasi itu tidak berulang Khalid berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat.

Usaha kerajaan untuk memulihkan suasana antara kaum ekoran isu tersebut bagaimanapun telah "dihalang" oleh pihak terbabit, kata Khalid lagi.

"Sungai Pelek tahu siapa mereka yang terlibat bukan membantu usaha untuk menyelesaikan masalah tetapi mengeruhkan lagi suasana," katanya ketika membahaskan usul belanjawan Selangor di sidang DUN hari ini.

Jelasnya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kumpulan yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi berkenaan.

"Saya dapati telah ada kesedaran bahawa tindakan kita itu mengambil kira kehendak masyarakat setempat. Kita beri jaminan supaya diberi keadilan dari segi kebebasan beragama dan bina tempat untuk beribadat.

"Langkah ini kita ambil supaya rakyat Selangor faham usaha kita untuk selesaikan masalah," katanya lagi.

Menteri besar berkata, usaha tersebut bagaimanapun boleh dihalang oleh tindakan pihak yang tidak berfikir secara matang bahawa tindakan itu akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Menjawab soalan tambahan Yap yang meminta Khalid menjelaskan siapakah pihak yang dimaksudkan itu, menteri besar berkata, golongan tersebut merupakan kumpulan daripada parti Umno.

Menurutnya, mereka yang melanggar undang-undang telah dihadapkan ke mahkamah, "jadi tak perlu bahaskan".

Katanya lagi, kumpulan berkenaan bagaimanapun boleh dikenalpasti daripada maklumat diri kumpulan yang didakwa itu.

"Data itu menunjukkan mereka daripada parti Umno, namun sama ada mereka perkauman, ini kita kena bagi peluang untuk mereka nyatakan pendirian di mahkamah," katanya lagi.

SUKAHATI LA KORANG NAK PERCAYA B. HAIRAN KE U. MELOYA KE......
 
Last edited:

nah, bernama pun ada artikel pasal nih......

Insiden Kepala Lembu Bukan Angkara Umno : MB Selangor​

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.

Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.

Kepada soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) mengenai langkah-langkah kerajaan negeri memulihkan suasana keharmonian kaum selepas insiden itu, Abdul Khalid berkata pihaknya mengambil kira kepentingan serta keadilan semua pihak dalam semua perkara termasuklah kebebasan bersuara dan beragama.

"Kerajaan negeri akan mengambil pengajaran dalam membuat apa-apa keputusan selepas ini. Kita akan beri keutamaan kepada kepentingan semua kaum dan masyarakat setempat dalam soal kebebasan beragama," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=453733
 
CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Sapi punya susu

Kes ni kekadang saya lihat sama macam, di Kelantan jugak. Bila ada orang Kelantan ditangkap khalwat, berjudi atau minum arak di Kota Bahru, PAS Kelantan pulak disalahkan tak Islamik banyak maksiat di serambi Mekah kata mereka.. Apa barang..Ini semua individu punya hal ni samalah takkanlah nama UMNO nak dikambinghitam.

"Sapi punya susu, Lembu dapat nama..LOL" :))
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,223
Reaction score
1,977
Points
201
huuh umno2 ... 52thn makin rosak bangsa gan agama ni
 
faizal_bulat

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 29, 2008
Messages
3,920
Reaction score
164
Points
33
as long them happy..
 
zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,890
Reaction score
11
Points
65
Demonstrasi kepala lembu dilakukan oleh individu - Bukan angkara UMNO

ne_09.1.jpg

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengakui demonstrasi kepala lembu membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Ogos lalu bukan didalangi UMNO.

Sebaliknya, beliau berkata, demonstrasi itu hanya disertai penyokong UMNO yang bertindak secara individu dan tidak mewakili atau melambangkan parti itu.

"Apa pun kerajaan negeri enggan mengulas lanjut kejadian itu kerana mereka yang terlibat dengan insiden berkenaan telah didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang meminta penjelasan siapa sebenarnya yang terbabit dalam demonstrasi kepala lembu pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid tidak setuju dengan cadangan Suee Lim yang bersungguh-sungguh mendesak supaya UMNO dibubarkan kerana didakwa mengamalkan politik perkauman.
 
none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,175
Reaction score
298
Points
91
Betul tu..
yang betul, cakap lah betul.
habis cerita, xpayah dok koner kat lain.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register