papayaomela
Super Active Member
- Joined
- Jun 17, 2008
- Messages
- 6,250
- Reaction score
- 28
- Points
- 70
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.
"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.
Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.
Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.
Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.
Sumber
-----------
Demo bersih yg dibuat secara aman telah menjadi igauan ngeri kepada kerajaan. Demo ini mungkin adalah antara peristiwa yg menjadi pemangkin penolakan rakyat di Selangor dan negeri lain terhadap UMNO dan BN yg menyaksikan jatuhnya kerajaan BN di negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor. Kesemua mereka dibebaskan kerana hak berhimpun secara aman termaktub di dalam perlembagaan.