BTC USD 27,770.9 Gold USD 1,994.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demo bantah serangan simbah asid kerana pakai hijab tak sempurna

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Seorang penunjuk perasaan mengangkat poskad yang berbunyi ‘hentikan serangan asid’ dalam satu demonstrasi di Isfahan, Iran, kelmarin. – AFP

TEHERAN 23 Okt. – Kira-kira 1,000 orang membanjiri jalan-jalan di bandar Isfahan, kira-kira 450 kilometer ke selatan Teheran bagi mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas penyerang bermotosikal yang menyimbah asid ke arah empat orang wanita kerana tidak memakai purdah pada minggu lalu.

Agensi berita rasmi, IRNA melaporkan, orang ramai berteriak ‘Isfahan adalah bandar kami, keselamatan kami adalah hak kami’ sambil membawa sepanduk dalam demonstrasi tersebut.

Laporan media sosial dan media tempatan memaklumkan, mangsa menjadi sasaran kerana mereka tidak mengenakan hijab dengan sempurna.

Anggota Parlimen Iran sebelum ini pernah menghantar kenyataan bertulis kepada Presiden Iran, Hassan Rouhani bagi mendesak pihak polis menjalankan tugas bagi memastikan undang-undang hijab dikuatkuasakan.

Namun, Rouhani semalam berkata, penduduk perlu menimbangkan isu tersebut dengan berhati-hati.

“Kita tidak perlu terlalu fokus dengan isu pemakaian hijab bagi mengelakkan sikap yang buruk,” kata beliau.

Di bawah undang-undang Islam di Iran yang dilaksanakan sejak 1979, golongan wanita perlu memakai pakaian longgar dan hijab yang menutupi bahagian kepala dan tengkuk.

Tetapi ramai wanita tempatan kini lebih gemar mengenakan selendang kepala dan baju kot nipis berbanding chador, sejenis pakaian tradisional wanita Iran yang menutupi badan dari kepala hingga kaki.

Di Iran juga polis diberi kuasa memantau kawasan awam dan pemakaian wanita mengikut undang-undang di negara ini. – AFP


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...ah-serangan-asid-1.16315#sthash.Eesn4l5I.dpuf
 
Top
Log in Register