BTC USD 38,964.9 Gold USD 1,821.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demi Ketuanan Melayu, Penduduk Kg.Baru Kena Pindah

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Habislah orang Kampung Baru kena pindah

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal, kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pindaan tersebut juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.
"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada Residential Area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Menurut pindaan itu, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ianya juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.
Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

SUMBER
 
Last edited:
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
ini semua salah DAP.....
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
beli tanah melayu dgn harga rendah.. jual kt pelabur asing pulak harga tinggi.. orang melayu nk duk situ lagi dah takbolah.. semua dah jadi high property.. semua property akan jatuh ketangan bukan melayuu.. huhuhu..
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
mana PERKOSA???
kene panggil PERKOSA wat demo nih..
Ketuanan Melayu diusir...
hehehe...
 

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
mana PERKOSA???
kene panggil PERKOSA wat demo nih..
Ketuanan Melayu diusir...
hehehe...

perkosa sibuk jual gelang ACK mana ada masa, bisnes tgh masyuk ni
 

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,577
Reaction score
101
Points
43
Senyum kuat orang UMNO.
PakLah yang start kerja kotor ni semua.
Almarhum Sultan Selangor yang lepas, cukup sayang kat Kg Baru.
 

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
ape la nasib org mlayu
mcm dhalau dr tanah sdiri
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,255
Reaction score
28
Points
70
Ini semua salah PAS! PAS telah diperkudakan DAP setelah DAP membeli kuda berkuasa turbo. :)) :))

Itulah kata2 org UMNO. :)) :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register