Dementia (nyanyuk)

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
Dementia (nyanyuk) adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Berapa kerap berlakunya dementia?
Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.

Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?
* Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
* Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
* Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
* Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.

Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.

Tanda-tanda dan gejala
* Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
* Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
* Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
* Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
* Hilang keupayaan membuat penilaian
* Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
* Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
* Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
* Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
* Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia.

Bolehkah dementia dirawat?
Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.

Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
makan habbatus sawda di galakkan.
 

dyla shahri

CG Top Poster Club
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,919
Reaction score
1,040
Points
191
gud info,
thanks tt,


bace quran pn bole turunkan risiko nk dpt dementia ni.......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register