BTC USD 41,792.8 Gold USD 1,740.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Dell Umum Monitor Mudah Alih & Model Siri S Terbaru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
Dell hari ini mengumumkan barisan model terbaru monitor komputer yang terdiri daripada Siri S dan monitor mudah alih pertama mereka. Skrin mudah alih pertama Dell yang bersaiz 14 inci ini (C1422H) disambungkan menerusi sambungan USB-C. Ia menggunakan teknologi panel In-Plane Switching (IPS) FHD (1920x1080) dengan kadar kecerahan sehingga 300 nits. Hanya seberat 0.59kg sahaja sekaligus memudahkan pengguna meluaskan lagi paparan kerja bersama komputer anda walau di mana sahaja anda berada.

Monitor Dell 14 inci mudah alih ini berharga RM2,899.00 dan akan berada di pasaran tempatan pada awal September 2021 nanti. Bagi monitor Dell Siri S pula, Dell hadir dengan 2 model terbaru iaitu monitor persidangan video dan monitor berprestasi. Untuk monitor persidangan video, ia hadir dalam 2 saiz iaitu Dell 24 inci (S2422HZ) dan 27 inci (S2722DZ). Kedua-dua monitor Dell Siri S ini menggunakan panel IPS anti silau dengan kadar segar 75Hz, menggunakan sambungan USB-C dan menyokong ciri AMD FreeSync.

Monitor persidangan video Dell Siri S ini akan berada dipasaran tempatan pada pertengahan bulan Oktober tahun ini. Manakala bagi monitor Dell Siri S berprestasi pula, ia hadir menerusi monitor USB-C 4K bersaiz 27 inci (S2722QC) dan versi biasa Dell 27 USB-C (S2722DC). Kelebihan yang ada pada kedua-dua monitor Dell Siri S USB-C 27 inci ini adalah kemampuannya menyalurkan kuasa sehingga 65w sekaligus membolehkan anda memindahkan data sambil mengecas peranti.

Monitor Dell Siri S USB-C 4K 27 inci (S2722QC) dan Dell 27 USB-C (S2722DC) ini masing-masing berharga RM3,039.00 dan RM 2,459.00. Ia akan ditawarkan dipasaran tempatan pada penghujung Ogos ini. Untuk info lanjut tentang spesifikasi barisan monitor terbaru dari Dell ini, sila layari laman rasmi Dell Malaysia.​

1629895697261.png
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register