Debat Royalti ditangguh

CG Sponsors




kawecool

Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
Debat Royalti ditangguh, kibar bendera Kelantan
Harakahdaily

KOTA BHARU, 11 Feb: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) memaklumkan Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari ini di Kelantan Trade Centre (KTC) ditangguhkan.

Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, selaku penganjur pihaknya tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

“Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat,” ujar mereka dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, kata mereka Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.

“Walaupun ditangguhkan, Gegar akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel,” ujar mereka.

Berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, Gegar juga merayu dan memohon seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac ini.

Ini, kata untuk tujuan menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

Di samping, ia juga menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

Selain itu, kata mereka, ia juga bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi di mana rakyat negeri ini menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada Tuanku al-Sultan.

“Gegar menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada Tuanku Sultan Kelantan,” ujar mereka.

Menteri takut ke nak dtg??ke dh abis modal kelentong.. :(scam:(scam:eek::eek:
 
Sponsored Post

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
yang teruk mengkhianati rakyat kelantan adalah menteri yg berasal dr negeri kelantan jugak orang umno yg terpaksa menolak hak mereka sendiri demi memenuhi agenda politik sempit sanggup membelakangkan rakyat... patutnya orang umno kat kelantan sokong tengku razaleigh...
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
pemimpin umno bukannya berani berhujah dgn fakta..tgk penyokong2 mereka la cmna..:)) sama2 xda fakta dan merapu :))
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
walau aku bukan rakyat kelanatan dan tidak ada kaitan langsung dengan rakyat kelantan tapi bagi aku kelantan berhak keatas royalti minyak dan aku sokong penuh tuntutan mereka

cuma mereka yang buta jer yang tak faham perkara ini bagi aku juga dua ekor menteri yang tak datang adalah manusia yang buta

mana mungkin orang buta berani nak bertentang dengan orang celik
 

azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
penakut sebab tak reti nak berhujah..
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
anwar vs shabery

maaf if keluar topik..tapi rasanya ia masih dalam tajuk minyak..ni kalo leh harap korang sume tgk la...baek punya...kalo dlm bolasepak kita panggil highlight



part 1


http://www.youtube.com/watch?v=_mlajQvgMGg

keputusan memihak anwar 3-0 shabery :)paid




part 2

http://www.youtube.com/watch?v=Be657awmOF0

keputusan memihak anwar 7-0 shabery :)paid





part 2

http://www.youtube.com/watch?v=xFyR9LkKxrI


keputusan memihak anwar 3-0 shabery :)paid


jadi?sape menteri umno yg sanggup kena camni?angkat tangan :)):)):eek::eek::eek:
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Haduihhhh awaq depa tangguh haaa? aku putaq kepala depa nih baru tau ~X(

Orang usaha bersiap-siap nak pergi tengok nih.

Depa takot aarr tu.

------------------------end kedah-------------------------

Tapi, CG juga mempunyai ahli panel yang boleh menggantikan mereka :

1# IswaraHijau
2# Mata_Pena

Mungkin mereka patut mempertimbangkan untuk menjemput dua orang panel yang terhebat ini? :">
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
dulu,kini dan selamanya....
penakut...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register