BTC USD 42,599.3 Gold USD 1,777.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debat Jarak Saf Dalam Mendepani Covid-19 | Dr. Rozaimi Ramle dan Syeikh Mohib Khouli

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,639
Reaction score
81
Points
40
PM england beli barang di kedai muslim dan hanya naik basikal
 
Sponsored Post

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,639
Reaction score
81
Points
40
HUKUM AIR MAZI DAN SEKS SUAMI ISTERI - DR MAZA
 
chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,639
Reaction score
81
Points
40
5 fitrah dalam penjagaan diri dan hubungan sex dalam keluarga.
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,149
Reaction score
2,780
Points
201
Ermmm Ulama sama ulama bercakaran
Tersebar pula video hamba Allah... - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith | Facebook

Tersebar pula video hamba Allah ini. Saya ingat setelah berdialog dengan saya dulu dia sudah berubah nampaknya makin teruk pula pemikiran dia.

Oleh kerana beliau menyebutkan hadis di dalam ucapannya maka saya ingin memberikan sedikit komentar. Banyak dakwaan beliau dalam video 2 minit ini. (Video penuh boleh rujuk di sini: )

Saya ringkaskan seperti berikut:

1. Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat sebelum wafat. Ustaz ini menyebutkan hadis dengan lafaz:

لا تلدوني

Dakwa beliau ulama zaman ini tidak menyebutkan hadis ini di zaman ini.

2. Beliau mendakwa bahawa orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat.

3. Beliau kurang percaya dengan sistem kesihatan negara kita yang dilihat tidak begitu amanah.

4. Letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah satu syirik.

Berikut jawapan saya:
1. Dakwaan kononnya Nabi sallallah tidak mahu berubat sebelum wafat.

i. Jika beliau maksudkan bahawa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat ketika sakit, lalu kita dilarang berubat maka ini adalah dakwaan yang pelik bahkan batil. Jika kita lihat dalam hadis, baginda sendiri menggalakkan orang yang sakit untuk berubat. Dalam hadis Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawar serta Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ada penawar. Maka kamu berubatlah. (HR Abu Daud dengan sanad sahih)

Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan penyembuhan baginya. (HR Al-Bukhari)

Dalam hadis ini jelas menunjukkan kebenaran untuk manusia berubat.

ii. Bahkan jika diteliti dalam hadis, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri berubat ketika baginda sakit. Ibn Abbas meriwayatkan:

احتجم النبي صلى الله عليه وسلم في رأسه وهو محرم من وجع كان به

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam berbekam di kepala baginda ketika baginda berihram disebabkan sakit yang ada di kepala baginda. (HR al-Bukhari)

Hadis ini jelas menunjukkan kebenaran berubat ketika sakit. Jadi wahai ustaz, jangan menipu masyarakat dengan penyelewengan terhadap hadis.

iii. Manakala hadis yang beliau bacakan itu, ia hadis yang sahih. Berikut saya bawakan lafaz penuhnya. Aisyah berkata:

لددناه في مرضه فجعل يشير إلينا أن لا تلدوني، فقلنا: كراهية المريض للدواء، فلما أفاق قال: ألم أنهكم أن تلدوني؟ قلنا: كراهية المريض للدواء، فقال: لا يبقى أحد في البيت إلا لد وأنا أنظر إلا العباس فإنه لم يشهدكم.

Maksudnya: "Kami memasukkan Ladud kepada baginda sewaktu sakitnya", baginda mengisyaratkan bahawa jangan masukkannya kepada saya. Kami berkata: "Itu hanya kebencian orang sakit kepada ubat". Ketika baginda tersedar baginda bersabda: "Tidakkah saya melarang kalian daripada memasukkan ladud kepada saya?" Kami berkata: "Itu kebencian orang sakit kepada ubat". Baginda bersabda: "Jangan sesiapa pun berada dalam rumah ini melainkan akan diletakkan ladud kepadanya dalam keadaan saya melihatnya kecuali al-'Abbas kerana beliau tidak melihat kamu semua (ketika kamu lakukannya pada saya). (HR al-Bukhari)

Inilah lafaz penuh bagi hadis yang ustaz ini bacakan. Jika dilihat ia berkaitan dengan perubatan menggunakan ladud. Apa itu ladud?
Ladud ialah ubat yang diletakkan di bahagian tepi mulut untuk pesakit.

Persoalannya mengapa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu diletakkan ubat pada mulutnya?

Ustaz ini buat kesimpulan mudah, nabi tidak tidak mahu berubat. Jadi menurut beliau, orang sakit kita tidak boleh bagi ubat. Lalu dia pun kata dia tak nak ke hospital jika sakit.

Ini kesimpulan yang menyeleweng daripada ustaz ini. Menolak hadis-hadis sahih yang membenarkan perubatan. Mengabaikan hadis sahih yang baginda sendiri berubat ketika sakit. Bahkan jika dilihat dalam hadis yang beliau bacakan dalam video ini, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri membalas kepada semua yang ada di situ supaya diletakkan ubat di mulutnya kecuali Al-Abbas. Maknanya boleh memakan ubat walaupun tidak sakit. Jelas ustaz ini tidak faham hadis yang beliau bacakan.

Jadi apa makna bagi hadis ini sebenarnya? Sebenarnya ulama hadis telah berbahas mengenai perkara ini. Jika diteliti dalam kitab syarah hadis, kita dapati ulama mempunyai sekurang-kurang dua tafsiran bagi hadis ini:

Pertama: Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat apabila sudah mengetahui baginda akan wafat setelah memilih untuk wafat ketika diberi pilihan oleh Allah sama ada mahu hidup atau meninggal dunia. Oleh itu, tidak ada keperluan lagi untuk berubat kerana akhirnya baginda akan wafat.

Kedua: Baginda mengetahui bahawa ubat berkenaan tidak berkaitan dengan sakit yang baginda alami. Ini bermakna ubat berkenaan sia-sia dan tidak bermanfaat. Al-Qastallani menegaskan:

وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ولم يكن به ذلك.

Maksudnya: Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu. (Irsyad al-Sari)

Ibn Hajar pula menegaskan:

وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه ، لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ، ولم يكن به ذلك كما هو ظاهر في سياق الخبر كما ترى ، والله أعلم .

Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu seperti mana yang zahir dalam konteks hadis ini seperti yang engkau lihat. Allah lebih mengetahui. (Fath al-Bari)

Tafsiran kedua ini selari dengan hadis riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan Ibn Sa'd. Al-Arnout dan Husain Salim Asad menilainya sebagai hasan.

Inilah yang difahami oleh ulama terhadap hadis ini iaitu sahabat menyangka Nabi sallallah alaih wasallam terkena penyakit Zat al-Janb maka ubat yang mereka berikan ialah ubat itu. Sedangkan baginda tidak menghidapi penyakit itu. Jadi berhentilah menyebarkan penyelewengan terhadap hadis ini wahai Ustaz.

Maka jangan hairan jika ulama tidak sebut hadis ini pada waktu kerana hadis ini tidak berkaitan dengan larangan berubat apabila sakit.

2. Dakwaan kedua beliau kata orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat. Ini pemahaman yang batil. Tetapi yang pelik beliau kata pada awalnya beliau tidak mahu pergi ke mana-mana hospital jika sakit. Jika beliau sakit beliau akan sabar atau pun minta nasihat doktor yang amanah. Mana satu ni pak ustaz? Boleh berubat atau tidak boleh? Kalau dah tanya doktor biasanya doktor akan cadangkan ubat. Jika berubat tidak boleh maka apa perlu tanya doktor? Saya betul-betul pening dengan kenyataan ini. Izinkan saya makan panadol jika pening ini berlarutan kerana saya menganggap berubat dibolehkan jika sakit.

3. Dakwaan beliau tidak percaya dengan sistem kesihatan di negara kita. Saya rasa kita orang Malaysia ini terbuka menerima kritikan dan cadangan baik untuk memperbaiki sistem kesihatan kita. Tapi jangan sesekali orang luar menimbulkan keraguan tentang sifat amanah frontliners kami. Ini melampui batas namanya. Ini biadab. Saya cadangkan agar rakyat Malaysia yang sayangkan negara buatlah laporan polis tentang kenyataan tidak bertanggungjawab ini.

4. Dakwaan letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah syirik.

i. Saya tidak tahu daripada mana beliau belajar bab syirik. Sampai perkara ini pun ingin disyirikkan.

ii. Perlu diketahui vaksin ini bukannya ubat. Ia untuk merangsang antibodi untuk melawan penyakit. Mufti-mufti di Malaysia bahkan seluruh dunia mengharuskan penggunaannya. (Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/124060/BERITA/Nasional/Jangan-ragui-status-halal-vaksin-Mufti )

Konsep vaksin ini hampir menyamai saranan Nabi sallallah alaih wasallam untuk mencelup lalat ketika ia jatuh dalam minuman. Celupan itu untuk menghilangkan mudarat yang bakal hadir daripada kuman di sebelah kepak lalat tersebut. Kita tidak perlu menunggu untuk sakit dahulu barulah celupan itu dibuat. Celupan itu dibenarkan untuk semua orang sama ada yang sakit atau yang sihat.

Oleh itu, ulama besar seluruh dunia membenarkan pengambilan vaksin covid bahkan mereka sendiri mengambilnya.

Jadi saya nasihatkan ustaz ini dengan nasihat yang ringkas:

Jangan merepek!

Dr Rozaimi Ramle
 
mcm 2....pening
 
konaLeper

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2016
Messages
485
Reaction score
303
Points
41
Konsep vaksin ini hampir menyamai saranan Nabi sallallah alaih wasallam untuk mencelup lalat ketika ia jatuh dalam minuman. Celupan itu untuk menghilangkan mudarat yang bakal hadir daripada kuman di sebelah kepak lalat tersebut. Kita tidak perlu menunggu untuk sakit dahulu barulah celupan itu dibuat. Celupan itu dibenarkan untuk semua orang sama ada yang sakit atau yang sihat.
Betul ke hampir menyamai saranan Nabi saw?
Bagi aku tak betul sbb lalat tu dicelup sahaja, tidaklah dimati-lemaskan dlm minuman.

Dulu2, saintis guna janin haiwan. Aktivis haiwan bantah atas alasan kezaliman terhadap haiwan.
Vaksin harini guna cell line diperolehi dari janin manusia, samada dlm peringkat pengujian POC atau pembangunan vaksin atau kandungan vaksin itu sendiri mengandungi sisa2 DNA janin manusia!

Tahu macam mana organ janin manusia dituai (harvest)?
Ikut sesetengah saintis, ubat bius tidak digunakan.
Mmg kejam habis, jika benar.

Cell Line

https://www.lifesitenews.com/opinion/what-you-need-to-know-about-fetal-cell-lines-and-vaccines/

There are four cell lines that are being used in vaccines currently available, including those expected to be available in the next month or two. These four cell lines are MRC-5, WI-38, PER C6, HEK293.

In addition to these cell lines, abortions were also done to obtain RA27/3 for use in the rubella vaccine. The rubella vaccine alone is the result of at least 99 abortions (32 for WI-38 and 67 for RA27/3). Yes, they came from abortions, not babies who died naturally in the womb.

The baby has to be alive when the tissues are taken. Otherwise, they are unusable.

https://theconversation.com/cells-f...-vaccines-but-theyre-not-an-ingredient-157484

Johnson & Johnson used PER.C6 cells in their COVID-19 vaccine development, and the Oxford/AstraZeneca vaccine used HEK 293 cells. CanSino Biologics and Gamaleya Research Institute’s Sputnik V vaccines have also used HEK 293 cells.
Moderna and Pfizer/BioNTech used HEK 293 cells in their proof-of-concept tests to see effectively take up the genetic instructions contained in these vaccines and produce the required spike protein. But human embryonic cell lines were not used to make either company’s final vaccine.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register