DBKL sasar bina perumahan khas untuk orang bujang, baru kahwin

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
835317.jpg


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan projek pembinaan perumahan khas atau 'council home' untuk disewakan kepada golongan muda yang baru berkahwin dan bujang dijalankan awal tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, majlis pecah tanah bagi projek berkenaan dijangka dilaksanakan Disember ini.

Menurutnya, sejumlah RM200 juta diperuntukkan bagi pembinaan 1,000 unit rumah menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) di tanah DBKL di Desa Water Park.

"Saya mahu projek ini sudah dijalankan sebelum saya tamat perkhidmatan. Saya harap setiap Parlimen mempunyai kemudahan ini dan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

"Dengan keluasan 750 kaki persegi dan kemudahan tiga bilik tidur akan membantu golongan muda mendapatkan rumah sewa dengan harga berpatutan di kawasan bandar," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Terdahulu, cadangan pembinaan council home dikemukakan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2013 sebagai kemudahan penempatan buat golongan muda yang baru bekerja di Kuala Lumpur.

Beberapa kawasan dikenal pasti untuk penempatan itu, antaranya di Keramat, Bukit Bintang, Kampung Kerinchi, Sentul, Hartamas, Bukit Kiara dan Segambut.

Nor Hisham berkata, council home berbeza dengan konsep perumahan awam yang mana tempoh sewaan adalah bersifat sementara dan dihadkan untuk tempoh masa tertentu.

"Ada syarat yang akan dikenakan termasuk tempoh sewaan kita tetapkan antara tiga tahun atau lima sahaja, sebelum digantikan dengan penyewa lain.

"Perumahan awam juga sepatutnya hanya lima tahun sahaja, namun ramai yang memberikan alasan masih pada tahap kurang berkemampuan menyebabkan mereka menetap melebihi tempoh," katanya.


== sinar harian
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,910
Reaction score
86
Points
80
usaha yang bagus..
tapi macam mana dia nak selesaikan masalah seperti di perumahan awam tu... lepas 5tahun penyewa xnak keluar..
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
1,983
Reaction score
66
Points
40
Betul dah cita2 tu. Bagus. Tapi perlaksanaan nanti...... kang ada yang dah beranak 5 masih tinggal kat situ. Sampai bercucu pun
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,394
Reaction score
593
Points
171
kempunan aku nak beli harapan coin
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,215
Reaction score
1,103
Points
201
Terbaik kunan. Mohon jadi next pm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register