BTC USD 28,181.3 Gold USD 1,939.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL dibenar rayu denda lepas pegawainya masuk premis Majlis Peguam secara salah

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merayu terhadap keputusan bahawa pegawai penguatkuasanya memasuki premis Majlis Peguam secara menyalahi undang-undang dan menurunkan tiga sepanduk berkaitan Hari Hak Asasi Manusia kira-kira tujuh tahun lepas.

Panel lima anggota yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar memberi kebenaran kepada DBKL memohon mendapatkan kebenaran untuk merayu berdasarkan satu persoalan undang-undang yang akan didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada perbicaraan rayuan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali.

Persoalan undang-undang yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan ialah sama ada undang-undang kecil DBKL hanya terpakai bagi iklan jenis komersial.

Pada 26 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan DBKL membayar RM12,320 sebagai ganti rugi kepada Majlis Peguam kerana menurunkan sepanduk yang dipasang di premis majlis itu bersempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas membenarkan saman sivil yang dikemukakan Majlis Peguam terhadap DBKL diputuskan berdasarkan keputusan tentang beberapa persoalan undang-undang.

Ia memutuskan bahawa sepanduk mengenai hak asasi manusia tidak termasuk sebagai 'iklan', yang memerlukan lesen daripada DBKL dan syarat yang ditetapkan bagi lesen sepanduk hanya terpakai bagi produk atau perkhidmatan komersial.

Pada 29 April tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan DBKL dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Tiga sepanduk berkenaan mengandungi perkataan 'Stop the Patronage, Stop the Rot', 'As I Believe Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience...' dan 'Rakyat Hakim Negara'.

Majlis Peguam menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan.

Dalam hujah bela dirinya, datuk bandar Kuala Lumpur menafikan tindakan para pegawainya melanggar undang-undang dan menegaskan mereka memasuki premis itu kerana Majlis Peguam tidak mendapat lesen untuk memasang sepanduk mengikut Undang-undang Kecil Pengiklanan (Wilayah Persekutuan) 1982.

Kata beliau undang-undang kecil itu membenarkan pegawainya memasuki mana-mana premis untuk membuang sepanduk yang dipasang tanpa mendapat lesen daripada DBKL.

DBKL diwakili peguam B. Thangaraj dan R. Archana, manakala peguam Ranjit Singh, Razlan Hadri Zulkifli dan Jamie Wong mewakili Majlis Peguam. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/edisi...nar-merayu-keputusan-dikenakan-denda-1.324904
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register