BTC USD 69,692.2 Gold USD 2,355.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKK Kutip 200kg Sampah Di Segama Waterfront Ketika Cuti Aidilfitri

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
13.04.2024 - Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa mengutip 200 kilogram sisa sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab semasa cuti perayaan Aidilfitri di sekitar Segama Waterfront di Kota Kinabalu. DBKK dalam kenyataan hari ini menyebut tindakan pengutipan dan penyapuan dilakukan segera di sekitar Segama Waterfront serta Taman Awam Teluk Likas selepas perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di kawasan berkenaan. Menurut kenyataan itu sampah sarap yang bertaburan telah mengotori persekitaran dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada para pengunjung.

“Ini menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib semata-mata,” menurut kenyataan itu.
5f7ee01651cc5f616067e4ae10536e05.jpg

Susulan itu DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Payung di kedua-dua tempat tersebut bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang membolehkan DBKK mengambil tindakan kompaun serta tindakan mahkamah ke atas kutu sampah. Kenyataan itu menyebut setakat Januari hingga semalam, DBKK telah mengenakan 278 kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap), masing-masing 64 kompaun di Taman Teluk Likas dan 214 dikeluarkan di pusat bandar.
1712994288955.png

“Dalam minggu ini juga, lima kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966 dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram di Segama Waterfront,” menurut kenyataan itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/702378
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register