Daya Tarikan Suara Seorang Lelaki Idaman

CG Sponsors




TengkuHaadi

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,330
Reaction score
466
Points
41
Tidak dinafikan, selain paras rupa, suara menjadi antara faktor dinilai pada pertemuan pertama. Seperti ekspresi yang ditunjukkan melalui wajah, suara juga menjadi isyarat penting yang menggambarkan keperibadian dan emosi seseorang.

Jejaka yang berwajah tampan, memiliki susuk tubuh maskulin serta berketerampilan juga boleh menghadapi kesukaran mendampingi wanita andai suara tidak sepadan dengan pakej lain yang ‘ditawarkan’. Tidak hairanlah, bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham dikatakan pernah dikritik gara-gara suaranya yang kecil dan kelakar, tidak seiring dengan ‘pakej’ fizikal menarik yang dimiliki jaguh sukan ini.

Memetik kenyataan Ahli Antropologi dari Universiti Michigan State, David Puts, suara adalah perbezaan paling besar antara lelaki dengan wanita serta mewarnai setiap interaksi manusia dalam kehidupan harian.

Perbezaan utama antara suara lelaki dan wanita ialah nada iaitu lelaki bercakap dalam oktaf (octave) yang lebih rendah daripada wanita. Lelaki dan wanita yang memiliki suara menarik selalunya lebih mudah dan lebih awal mendapat pasangan. Secara tidak langsung, ia membuktikan suara memainkan peranan dalam menarik perhatian jantina berlawanan.

Namun, agak sukar untuk menentukan suara yang disifatkan menarik bagi lelaki. Kebanyakan lelaki dikatakan lebih menyukai suara wanita yang bernada tinggi. Namun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai perkara ini.

Malah, lelaki merungut apabila mendengar suara wanita berubah dari lembut kepada nyaring. Bagi lelaki, ini sangat menjengkelkan. Kebanyakan lelaki merasakan suara dalam dan mengghairahkan seperti suara aktres Marilyn Monroe cepat menarik perhatian mereka.

Dalam dunia jejaka pula, individu yang mempunyai suara dalam lebih mudah memikat wanita. Dari segi fizikal, lelaki yang mempunyai bidang bahu yang luas dan pinggul yang kecil cenderung memiliki suara menarik.

Ahli Psikologi dari Kolej Albright, Susan Hughes pula dilaporkan berkata, suara dibentuk dan ‘diubahsuai’ oleh sesetengah hormon seperti testosteron. Menurutnya, hormon ini berperanan mempengaruhi dorongan seksual serta perubahan seks tertentu pada bentuk tubuh badan yang lazimnya berlaku ketika akil baligh.

Tambah Hughes, kaitan antara suara, perubahan pada tubuh badan dan tabiat seksual mungkin disebabkan pengaruh hormon yang sama. Ini dapat menjadi tarikan kepada jantina berlawanan. Suara seseorang tidak statik sepanjang tempoh kehidupannya. Perubahan pada suara biasanya dipengaruhi perubahan hormon dan faktor lain seperti tahap keyakinan yang berubah.

Suara juga dapat memberi pembayang kepada sifat fizikal seseorang. Satu kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan responden pada tahun 2002 menunjukkan bahawa mereka dapat memadankan 75 peratus suara seseorang dengan foto pemilik suara yang betul dan pemilik suara ini dikelaskan sebagai individu yang mempunyai suara yang lebih menarik.

Hanya dengan mendengar suara, bukan saja anggaran ketinggian dan berat saja boleh diteka, malah status sosio ekonomi, personaliti serta keadaan mental dan emosional seseorang dapat dikenal pasti.

Merujuk kepada hasil soal selidik yang pernah dikendalikan di sebuah laman web, suara seseorang boleh dianggap sebagai kunci tarikan yang menambat hati seseorang.

Sebanyak 73 peratus daripada responden yang menyertai soal selidik itu mengakui penting untuk pasangan mereka memiliki suara yang menarik. Bukan itu saja, kebanyakan mereka juga sering membuat penilaian mengenai seseorang melalui cara mereka mempersembahkan diri serta melalui intonasi suara mereka.

Justeru, jika seseorang lelaki ingin menarik perhatian wanita, apa yang penting bukanlah apa yang mereka perkatakan tapi bagaimana mereka mengucapkannya.

Bercakaplah secara perlahan, secara yakin dengan suara yang lebih dalam kerana sebahagian besar wanita menganggap suara seperti ini sebagai menarik dan seksi.

Biarpun tidak dapat mengubah suara asli, pastikan anda sentiasa bercakap dalam nada yang yakin dan ceria apabila berbicara dengan seseorang yang anda suka. Suara yang kedengaran dominan, berkeyakinan dan menarik itulah yang dapat membuatkan anda menjadi lebih seksi!

Cubalah!.


Tip menjadikan suara anda lebih menarik

Anda mungkin sedar, sesetengah individu bercakap dalam nada yang rendah hingga sukar mendengarnya dengan jelas. Ini disebabkan perasaan malu dan kurang keyakinan.

Individu ini tidak mahu kehadiran mereka disedari, sebaliknya lebih senang berselindung daripada pandangan ramai.

Jika anda ingin menarik perhatian wanita, penting bagi anda untuk bercakap dalam nada yang cukup untuk membuat mereka sedar kehadiran anda. Seseorang lelaki yang bercakap dengan nada yang sedikit tinggi dan secara terhormat, mampu menampilkan diri mereka sebagai seorang yang berkeyakinan.

Anda lebih mudah diberi tumpuan dan didengari oleh wanita jika anda bercakap kuat sedikit daripada orang lain. Hinggakan pada suatu tahap, apa yang anda perkatakan tidak begitu penting berbanding kekuatan suara anda apabila bercakap.

Oleh itu, anda perlu berlatih mulai sekarang. Jadikan bercakap dengan lebih kuat sedikit daripada biasa. Selain itu, berlatih untuk melontarkan suara dengan baik melalui bercakap dengan orang yang berada beberapa meter daripada anda.

Pada mulanya, anda mungkin tidak dapat mengagak sekuat mana suara yang perlu dilontarkan tapi lama-kelamaan, anda akan berupaya menentukan sekuat mana suara yang perlu dilontarkan mengikut sesuatu jarak.


Pernafasan

Untuk bercakap dengan suara yang lebih tinggi, ia memerlukan lebih udara. Maka, anda perlu belajar bernafas dengan betul. Ada dua kaedah pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan abdomen.

Pernafasan abdomen lebih relaks daripada dada tapi pernafasan ini memerlukan tumpuan. Anda perlu berlatih dan memulakan amalan bernafas lebih dalam menggunakan cara pernafasan abdomen.

Untuk bernafas dengan betul, pastikan kedudukan badan anda tegak. Jika anda membongkok, pernafasan akan menjadi lebih sukar. Apabila anda bernafas dengan betul, ia akan memudahkan anda untuk meningkatkan kekuatan suara apabila bercakap sekali gus membuatkan suara anda lebih menarik.

Selain itu, ia juga memperbaiki ton dan resonan suara, menjadikan suara lebih memikat.


10 jejaka bersuara menggoda pilihan XY

1. Jeremy Irons
Usianya hampir 60 tahun namun suaranya dianggap cukup seksi serta mudah membuatkan wanita ‘cair’ mendengarnya.

2. Remy Ishak
Aduh, apa lagi yang hendak diperkatakan mengenai aktor meningkat naik ini? Selain paras rupa handsome, Remy memiliki suara jantan yang pastinya mudah mencairkan hati wanita.

3. Clive Owen
Suara Owen menampakkan ciri kelelakian. Seiring dengan ketinggian, bahagian atas badannya yang bidang dan penampilannya yang lasak melengkapkan pakej yang ada.

4. Aqasha
Sudah lama bertapak dalam bidang seni, Aqasha juga memiliki pakej sempurna. Wajah boyish, segak dan suara memikat menjadi senjata pemuda ini. Tidak percaya, tonton saja drama lakonannya…

5. Alan Rickman
Suaranya disifatkan amat tersendiri. Jika anda pernah menonton filem lakonannya, anda dapat melihat ‘kuasa’ tarikan yang ada pada suaranya walaupun ketika membawa watak jahat.

6. Sohaimi Mior Hassan
Aduh, siapa pernah mendengar lagu-lagu dari albumnya, Epilog Cinta Dari Bromley yang diterbitkan pada 1980-an? Suara maskulin Sohaimi membuatkan gadis tidak tidur malam hingga hari ini!

7. Robert Pattinson
Bagai dilanda tsunami, begitulah impak yang dibawa bintang baru Hollywood, Robert Pattinson. Mata seksi, tubuh memikat dan suara menggoda, bisa menggetarkan jiwa!

8. Ramli M S
Komposer sifu ini bukan saja memiliki personaliti seorang gentleman, malah suaranya ketika bercakap mampu membuatkan seluruh dewan senyap.

9. Matthew Macfayden
Aktor ini memiliki suara yang benar-benar maskulin namun masih mempunyai nada sensitif dan mesra di dalamnya. Suatu kombinasi yang jarang ditemui, tapi apabila mendengar jejaka ini berkata-kata, ramai yang terpegun.

10. Eman Manan
Hampir setiap watak yang dibawanya baik di layar perak mahupun televisyen, Eman Manan membawa aura kelelakian yang cukup terserlah dan meyakinkan. Beliaulah hero filem Malaysia yang pertama!


Komen: Aqasha
“Saya rasa bersyukur jika ada yang menyifatkan bahawa suara saya ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Secara peribadi, saya juga merasakan suara seseorang lelaki akan lebih menarik jika ia dapat menggambarkan sifat maskulin yang ada pada diri lelaki.

“Saya rasa bertuah dikurniakan dengan suara ini dan saya memanfaatkan kelebihan ini dalam kerjaya seni saya. Dalam lakonan, saya biasanya akan mengubah-ubah nada suara mengikut emosi watak yang dilakonkan. Suara begini banyak membantu saya untuk memberi impak dalam lontaran dialog untuk babak romantis ataupun melankolik yang mana saya tidak perlu bekerja keras untuk membentuk suara seperti itu, cuma perlu ucapkan secara biasa saja,”



Remy Ishak
“Saya pun tidak pasti seksi atau menarik yang bagaimana yang dimaksudkan terhadap suara saya. Kalau diambil contoh dalam lakonan, memang menjadi tanggungjawab sebagai pelakon untuk mempelbagaikan corak pengucapan dan intonasi suara mengikut watak dan babak.

“Tidak dinafikan, memang ada yang pernah memberitahu saya yang suara saya kedengaran menarik, terutama bila bercakap di telefon tapi sebenarnya, bila bercakap dengan saya secara berdepan, saya rasa suara saya biasa saja,”
 
Sponsored Post

ZURA-SAN

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2010
Messages
13,037
Reaction score
23
Points
120
suara Adi Putra romantik...sedap dengar kalau tengok setiap drama dia..

kena dengan pakej rupa dia..
 

syukranjz

Active+ Member
Joined
Dec 15, 2010
Messages
4,779
Reaction score
9
Points
25
serius aku x pandai nyanyi..
sore x berape sedap..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,354
Reaction score
11,699
Points
2,376
Sora pn mainkan peranan jgk rupa nya
Nice info abam ite :)cgrock
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
klu suara lelaki aku suka suara yabang khalifah..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,257
Reaction score
1,125
Points
201
sore Aku LG mnggoda.... aaaauuuummmmmm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register