Santai Daus lafaz talak selepas tidak tahan dipukul bini

CG Sponsors




mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,791
Reaction score
672
Points
171
KOS_PUKUL-SUAMI001s-e1610706008593.jpg

SETELAH menduda hampir dua tahun, Daus (bukan nama sebenar) berasakan dia perlu mencari pasangan yang boleh menyerikan hidup dan menjaga makan minumnya.

Pada masa sama, dia juga mempunyai seorang anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Daus menjadi duda setelah isterinya meninggal dunia selepas tiga bulan melahirkan anak mereka.

“Anak saya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Saya berasakan perlu mencari pengganti isteri yang boleh menerima anak saya dan menyayanginya seperti zuriat sendiri.

“Hasrat ini dimaklumkan kepada rakan sekerja dan meminta mereka memperkenalkan dengan mana-mana wanita yang sanggup menerima saya dan anak saya,” jelasnya.

Tambahnya, hasil bantuan seorang rakannya, Daus mengenali seorang wanita bernama Suraya (bukan nama sebenar).

Suraya merupakan seorang janda dan memiliki seorang anak lelaki. Baginya, dia tidak kisah dengan status wanita itu kerana dia juga seorang duda.

Setelah berkenalan dan mengenali hati budi, masing-masing boleh menerima antara satu sama lain.

Jelas Daus, sepanjang perkenalan, dia melihat wanita itu melayan anaknya seperti anak sendiri.

“Dia begitu menyayangi anak saya. Itu yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk memperisterikannya.

“Setelah tiga bulan berkenalan kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Pada peringkat awal perkahwinan semuanya baik belaka, namun selepas tiga bulan, isterinya baru menunjuk ‘belang’ sebenar.

Kata Daus, isterinya suka memaki hamun dirinya apabila ada perkara yang dia tidak berpuas hati atau berkenan.

“Dari segi tanggungjawab sebagai seorang isteri, dia laksanakan dengan baik.

“Tetapi sikapnya yang suka memaki hamun itu membuatkan saya kurang senang dan kadangkala makan hati dengan kata-katanya itu,” bicaranya.

Selain itu, sepanjang tiga bulan perkahwinan, Daus mendapati isterinya itu seorang yang suka mengarah dan menganggap dirinya sahaja yang betul.

Kadangkala mereka akan bergaduh kerana perkara yang remeh.

Lebih teruk, ketika bergaduh isterinya gemar menggunakan kekerasan sama ada menampar atau menumbuknya.

Pada mulanya, Daus berasakan itu perkara biasa tetapi lama kelamaan, apabila mereka bergaduh isterinya masih melakukan perkara sama.

Isterinya mempunyai saiz badan agak besar berbanding dirinya, maka tidak hairanlah dia suka membuli dan bertindak kasar terhadap suami.

“Saya bukanlah jenis yang suka memukul perempuan. Dari kecil saya dididik untuk menghormati perempuan dan tidak akan berkasar dengan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, apa yang boleh dia simpulkan isterinya mempunyai sikap panas baran dan dia akan mula memukul apabila tidak dapat mengawal perasaan amarahnya.

Ada satu ketika, Daus dipukul dengan menggunakan batang penyapu apabila dia tidak dapat mengikut keinginan isterinya itu.

Setelah mereka berdamai, isterinya langsung tidak meminta maaf kepadanya dan menganggap tidak ada apa yang berlaku.

Atas sebab itu, Daus mula berasa tawar hati dengan peri laku isterinya itu.

Sementara itu, Daus ada menceritakan tentang perilaku isterinya itu kepada ayah mertuanya.

“Setelah saya menceritakan tentang hal itu kepada ayah mertua saya, dia hanya mampu menggelengkan kepala.



“Ayah mertua saya menyatakan dia sendiri tidak mengerti dengan perangai anaknya itu. Penceraian anaknya itu dengan suaminya sebelum ini juga disebabkan hal yang sama,” jelasnya.

Daus menjelaskan, dia ada berbincang dengan isterinya mengenai hal itu dan dan memintanya untuk berubah.

“Tetapi saya juga yang dipersalahkan. Dia menjelaskan dia akan bertindak sedemikian jika ada perkara yang dia tidak berpuas hati dengan saya,” katanya.

Akhirnya, kesabaran Daus sampai ke kemuncaknya apabila ketika mereka bergaduh dia telah menjatuhkan talak buat isterinya itu.

Dia telah berfikir panjang bahawa lebih baik mereka berpisah sahaja daripada terus bersama tetapi bergaduh sehingga menyakitkan fizikal pasangan.

Mereka berdua akhirnya sah bercerai di sebuah mahkamah syariah di utara tanah air.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
uissh ganas sungguh perempuan ni, dengan lelaki selamba je pukul
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,733
Reaction score
296
Points
96
kemon dauz ubat tu kuat sangat haha
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,155
Reaction score
1,866
Points
206
Dasim perosak rumah tangga... Ketahui cara elak hasutan iblis laknat ini


553.png

Iblis bernama Dasim yang berada dalam rumah tidak senang melihat kebahagiaan sesebuah rumah tangga dan berusaha menghancurkannya. Hanya dengan keimanan sahaja dapat melemahkan sifat jahat Dasim itu. Gambar hiasan.

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti pernah berhadapan dengan perselisihan faham dalam berumah tangga. Itu perkara biasa.
Di sebalik itu, ada pula pasangan yang mengalami situasi hubungan mereka sentiasa 'panas' tanpa sebab-sebab munasabah. Lebih pelik apabila berjauhan rasa rindu menggebu, apabila dekat seperti mahu berperang.

Jika ada pasangan yang sentiasa berasa tidak kena dalam rumah tangga mereka tanpa sebab munasabah, mudah marah dan lebih teruk apabila timbul prasangka buruk sehingga timbul perasaan benci, mungkin anda perlu bertenang sebentar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cerai meningkat, Jakim anjur kursus agar suami-isteri lebih intim
Situasi tegang itu tidak mustahil disebabkan oleh gangguan dan perbuatan iblis penghasut rumah tangga yang dikenali sebagai Dasim.
Siapa sebenarnya Dasim? Makhluk itu adalah iblis yang tidak suka melihat kedamaian dan kasih sayang di antara suami isteri.

6E1D75BE-553D-4B79-8B24-774A89D40522.png


Ada beberapa tanda yang boleh dikenal pasti akibat gangguan iblis Dasim dalam rumah tangga.

Menjadi tugasnya untuk menghasut serta menyemarakkan api kemarahan dan kebencian dalam diri suami isteri agar rumah tangga mereka berpecah belah.

Lebih menakutkan Dasim gemar menghasut wanita yang dalam keadaan haid, sedang mengandung atau ketika berpantang yang mana keadaan emosi mereka mudah terganggu.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata. "Aku telah melakukan begini dan begitu". Iblis bekata, "Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa".

"Kemudian datang yang lain dan berkata; "Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya." Maka iblis mendekati dan berkata; "Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau." - [HR Muslim].

Perlu diketahui oleh semua pasangan suami isteri bahawa betapa bijaknya Dasim ini dalam berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menganggu keharmonian sesebuah rumah tangga.

Malah iblis itu sentiasa berusaha membuat kacau, menghasut hati, membisikan sesuatu keburukan untuk melihat perceraian dalam rumah tangga.

Dasim juga gemar mengikut apa sahaja aktiviti dilakukan pasangan dalam rumah mereka termasukla dia akan ikut serta makan makanan dihidangkan sekiranya mereka tidak membaca doa.

EC99D473-FBA6-4155-B198-E4538A65EF4F.png


Pergaduhan dalam rumah tangga adalah satu perkara yang amat disukai oleh iblis bernama Dasim. Gambar hiasan.
Bagaimanapun pasangan suami isteri boleh berwaspada dengan kehadiran Dasim dalam memastikan keharmonian rumah tangga terjamin.

Berikut adalah beberapa petanda perkahwinan anda diganggu iblis Dasim

1. Suasana rumah tangga tidak harmoni dan penuh dengan emosi negatif seperti suami isteri mudah marah tanpa sebab.
2. Suami atau isteri sering berfikiran negatif terhadap pasangan selain berasa was-was, ketakutan serta curiga apabila pasangan di luar rumah.
3. Berlaku maksiat di dalam rumah seperti gemar menonton pornografi tanpa rasa segan atau pun liat melakukan ibadat serta pasangan bersikap malas sehingga keadaan rumah tangga terbiar.
4. Solat tidak khusyuk juga boleh menjadi petanda gangguan Dasim seperti terlupa rakaat solat dan perkara itu berlaku berulang-ulang.

Amalan yang boleh kita lakukan bagi mengelak daripada termakan hasutan dan gangguan Dasim.

1. Apabila timbul salah faham dengan pasangan jangan dipanjangkan dengan bermasam muka sebaliknya belajar untuk segera memohon maaf.
2. Setiap kali menikmati makanan cuba amalkan membaca doa, terapkan dalam diri anak-anak agar menjadi kebiasaan bagi mengelak gangguan Dasim ketika makan.
3. Apabila sedang marah, seseorang perlu mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar serta asingkan diri seketika untuk bertenang selain redakan api kemarahan itu dengan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat.
4. Sentiasa berdoa kepada Allah selepas solat untuk minta dijauhkan daripada pengaruh jahat dan bisikan Dasim.
5. Bilik kosong dalam rumah jangan dibiarkan terutamanya yang mempunyai katil dan selimut. Ini kerana jin atau iblis suka menyorok dalam selimut. Rasulullah juga pernah berpesan agar kita ketuk serta libas selimut serta bantal sebelum naik ke atas katil. Selain melakukan solat dan berzikir di dalam bilik yang tidak berpenghuni.
6. Amalkan membaca surah Yasin dan al Quran di dalam rumah serta memberi salam dan berdoa ketika masuk ke dalam rumah iaitu; Assalaamu'alaina wa'ala 'ibaadillaahish shoolihin. (Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh).

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/08/20/jin-dasim
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,260
Reaction score
167
Points
83
biasa peremlaun kena pukul... boleh dibawa ke mahkamah..


kalau laki kena pukul silap2 kena gelak je.. padahal laki pun boleh bawa benda sama ke mahkamah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,285
Reaction score
21,164
Points
1,671
di utara tanah air. dah dekat tu

beras beli pun makan penyapu daus ni. pasaipa
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,006
Reaction score
741
Points
121
bersangka baik, mungkin selera lain macam. female domination.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register